Kini iklim politik kat Malaysia semakin menggila. Mana tak nya,semakin hari semakin 'keruh' di buatnya. Hinggakan hal peribadi di ungkit bagi menampakkan akan 'kejahatan' pihak lawan...Itu la politik yang melanda Malaysia sekarang ni.
Bila berbicara di kedai kopi besama 'kengkawan' mereka semua berasa akan sedikit 'kekotoran' yang jelas di lihat. Terbaru ialah mengenai isu 'Duit Warga Emas' berunsurkan judi...ish ish ish...sampai ketahapi itu isu 'di spin' kan...Cari la modal lain sikit...Tak ke 'bengong' namanya..Bukahkah kerajaan Malaysia juga ada mengambil cukai dari 'Genting'...macam mana plak tu...Itu la isu utama 'meje kopi' kami semalam...
Bagi pihak yang 'tak berparti' mereka juga rasa terkilan akan isu ini..bagi mereka mudah sahaja,adakah mereka tidak menyedari bahawa selama ini Geting juga 'memberi duit poket' tabung kerajaan. Golongan yang 'tak berpati' sebenarnya dah dapat mula rasakan bahawa golongan ' yang membuat tuduhan' seperti hilang arah...kerna isu yang tak sepatutnya di mainkan,di jadikan modal politik...Kekadang tu kesian juga kepada golongan yang memainkan isu ini kerna takut seperti isu yang di mainkan oleh KMA berulang kepada mereka.
KMA adalah persatuan yang mengutip duit para peniaga di KOMTAR,bila jadi isu ini tak la persatuan ini 'teruk' kerna mereka hanya melibatkan peniaga di KOMTAR sahaja,tetapi kalau UMNO plak,aku takut suatu hari nanti UMNO akan kehilangan kepercayaan melayu kelak.
Kekadang tu terfikir jugak,kalau nak 'menembak' biar la tepat kesasaran,takut nanti kalau tak tepat kesasaran nanti kita plak akan di serang...mana tahu nanti serangan yang dilakukan lebih dasyat...Fikirkan semua itu.
Sepatutnya 'orang politik' haruslah 'liberal' dalam berpolitik..jangan sempitkan politik itu hingga menampakkan akan 'kejahilan' kita kelak. Sedarlah bahawa rakyat kini 'celik politik' bukan seperti dahulu...maklumat dapat di akses begitu cepat lagi hingga tak dapat di kawal lagi keadaanya...
Janganlah kita berpolitik hinggakan menampakkan akan kejahilan kita...
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment