Pages

Monday, January 12, 2009

Pandangan PRK K.Terengganu - Terima Kasih KJ.

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu terima kasih patut kita ucapkan kepada YB Khairi Jamaludin (KJ) kerna beliaulah PR mendapat tempat di hati pengundi pada PRK K.Terengganu nanti.

Bulan lalu beliau telah berdebat dengan YB Husam Musa. Dalam debat KJ telah membangkitkan isu 'Hudud' yang sebelum ini agak tenggelam sikit dalam arena politik selepas PR memperolehi kemenangan. Mungkin beliau cuba membangkitkan sentimen kerna isu ini pernah menjadi 'panas' di antara PAS dan DAP sebelum tercetusnya Pakatan Rakyat (PR). Mungkin juga saudara KJ cuba hendak merobek kubu PR dengan membangkitkan isu ini,di mana mungkin bila isu ini di bangkitkan ia akan menimbulkan ketegangan di antara PR. Tapi percaturan KJ ternyata silap. PAS tetap dengan PAS- iaitu pendiriannya.

Mungkin jangkaan KJ bahawa bila isu ini di bangkitkan mungkin YB Husam Musa,iaitu seorang yang terpengaruh dalam PR akan hilang prinsipnya,ternyata ia silap kerna YB Husam masih berpegang teguh pada AgamaNYA. Itulah keistimewaan PAS serta ahli PR yang lain.

Maka bila YB Husam menyatakan pendiriannya mengenai 'Hukum Tuhan' maka pengundi serta ahli PAS bertambah keyakinan bahawa perjuangan kita kini tidak tersasar dari prinsipnya. Maka YB Husam Musa dan PAS kembali mendapat tempat di hati pengundi yang mahukan perubahan.

Bertambah silap lagilah KJ,bila mana isu yang di bangkitkan itu tidak sedikit pun menggugat tembok PR. Malah isu 'Hudud' yang cuba di canangkan oleh KJ kita telah dapat di atasi dengan baik oleh PR. Secara tidak langsung DAP sedikit sebanyak telah memahami apa itu 'hudud'. Dulu mungkin penerangan sukar di lakukan ,tapi kini bila adanya PR maka DAP dah mula memahami apa itu 'Hudud' sebenarnya.

Tersentap juga bila mana teman dari DAP berkata pada saya: Itu KJ talak baca itu agama ka? (maksudnya KJ tidak faham Hudud)..Ini hukum untuk lu olang (penganut Islam) saja ma...Macam itu sembayang dan puasa ma. Kita olang (cina-non muslim) mana kena ma...
Apa yang saya boleh kata dalam hati saya ketika itu ialah: Alhamdulillah..Inilahlah sebuah
Pakatan yang amat di gerunkan oleh BN amnya UMNO. Hari ini bukan Islam dah boleh
memahami Islam dan tahu apa itu Islam...Patutlah BN /UMNO hari ini sedaya upaya hendak menghancurkan ikatan PR. Mungkin mereka takut bila mana kuasa mereka akan hilang,maka hilanglah kepentingan mereka.

Oleh itu,akhir kata terima kasih lagi kepada KJ kerna beliaulah PR menjadi lebih kuat dan bersatu padu lagi. Jika isu ini tidak di bangkitkan oleh KJ mana mungkin kesatupaduan PR di nilai. Kini PR telah bersatu padu dan saling faham memahami,hormat menghormati di antara satu sama lain...

Perjuangan yang ikhlas dan niat yang betul akan mendapat tempat di hati Pemilik Alam.Dia lah akan merealisasikannya..bila dia berkata Jadi,maka Jadilah..Kita di suruh berusha..selebihnya adalah urusanNYA...

0 comments:

Post a Comment