Pages

Thursday, January 15, 2009

Rakyat Malaysia Kian Matang.

Salam Sejahtera.



Kematangan rakyat Malaysia di dalam politik kini jelas kelihatan.PRU 12 telah menjawab segala-galanya.Mungkin inilah lah kesedaran yang kini boleh di banggakan dek kerna sikap tidak putus asa oleh pemimpin-peminpin dari Parti Pembangkang.Mereka tak pernah kenal erti penat lelah. Saban hari bekorban masa,wang ringgit serta keringat dalam menyampaikan maklumat sebenarnya hingga ke akar umbi. Mungkin kerna rasa tanggungjawab mereka terhadap Negara Malaysia yang di cintai. Tak keterlaluan Pemimpin dari PR merasa sayang kan negara dari musnah oleh Pemimpin yang pentingkan diri sendiri. Tak keterlaluan jika di katakan mereka ini (BN) tidak mempunyai jati diri hingga sanggupkan menggadaikan maruah agama,bangsa dan negara demi kepentingan diri sendiri. Mereka (PR)tak mahu melihat Negara kita hancur oleh kerna pemimpin yang lupakan sejarah kemerdekaan negara. Mereka ini (Pemimpin Pembangkang) mahukan legasi pejuang-pejuang yang menuntut kemerdekaan negara terus tersenyum bangga apabila negara yang bertuah ini di tadbir oleh pemimpin yang ikhlas dan tahu serta bertanggungjawab melaksanakan tugas.



Kematang rakyat berpolitik jugalah membuatkan para pemimpin saf BN,terutamanya gelabah kerna mungkin suatu hari nanti tembelang mereka akan pecah,maka terbongkar jugalah segala kurap-kurap yang selama ini terpalit di hati mereka. Mereka tahu maka mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kedudukan mereka dari di ancam. Sedikit demi sedikit mereka bersuara untuk membetulkan sedikit kesilapan mereka dari terbuka. Tak hairanlah jika media massa arus perdana di gunakan sepenuhnya untuk menunjukkan kebaikan mereka,malah setiap hari mereka akan mensajikan kan kita dengan kelemahan kepimpinan negeri-negeri yang di pimpin oleh PR. Sebagai contohnya di Negeri Perak.Isu kecil pun di besarkan mereka agar rakyat melihat kelemahan kepimpinan kerajaan parti campuran.Tapi mereka terlupa bahawa rakyat kini berada di dalam keadaan peka politik. Keikhlasan Menteri Besarnya iaitu Ir Nizar dapat melemahkan dakyah jahat mereka. Mereka iaitu rakyat Perak tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Maka niat mereka untuk memburukkan kerajaan negeri itu kini berpatah balik kepada mereka.Rakyat kini dah matang. Mungkin kerna ke egoan serta lupa daratan UMNO membuatkan mereka tak sedarkan diri mereka selama ini. Bertambah meluat lagilah rakyat terhapat gerombolan UMNO. Adakah mereka sedar akan kesilapan mereka itu?...Rakyat sedang memerhati apakah lagi cerita yang bodoh yang bakal di bawa oleh orang-orang UMNO.



Berbalik kepada UMNO.Masa berkuasa adakah mereka benar-benar mendaulat Melayu/Islam. rakyat ada jawapannya. Mereka sebelum ini,di masa kuasanya tak pernah memikirkan masalah akidah yang melanda umat melayu-Islam.Mereka lebih tumpukan pembangunan di mana soal akidah umat Islam langsung tak di fikirkan. Lihatlah generasi muda Islam kini kian hanyut di bawa arus permodenan ciptaan pemimpin terdahu. Masalah sosial kian meruncing,tapi mereka langsung tak pernah fikirkan. Mungkin mereka berfikir,jika aku tekan kan soal agama,susah lah aku nanti...Harap tak begitulah...Sedih aku melihat pemimpin Islam yang tak pernah mengambil berat serta tahu akan akidah umat Islam terutamanya golongan remaja. Maka lahirlah golongan Islam Yang Adahari nya. Rakyat Malaysia terutamanya Melayu telah sedar akan sikap pemimpin UMNO dulunya. Kini mereka telah menghikum UMNO pada PRU12 yang lalu. Bila kalah bertempiklah mereka dengan mengatakan bahawa ketuanan melayu akan hilang. Tapi mere terlupa mencerminkan diri mereka bahawa merekalah yang sebelum ini tak pernah untuk mempertahankannya.Rakyat bukannya bodoh. Rakyat bukan mahukan projek atau tender-tender,tapi mahukan Kedaulatan Melayu dan Islam di martabatkan.



Tanpa segan silu kini rakyat telah berani membuat perubahan yang mana perubahan yang telah dilakukan adalah luar jangkaan 'master-mind' mereka. Sejarah perubahan politik Malaysia kini telah berubah.Rakyat bukannya menggadaikan maruah bangsa,tapi kini rakyat telah menolak pemimpin yang bertopengkan pejuang bangsa bila dekat pilihanraya.Kalau UMNO masih belum sedar akan kesilapan merekan yang lalu,tak tahulah apa yang boleh di katakan lagi. Pesanan buat pemimpin UMNO,muhasabahlah diri anda sebelum terlewat. Jangan gunakan agama dan ketuanan bangsa bila untuk mendapatkan pangkat,tapi lupa bila memperolehinya.



Sedarilah pemimpin bahawa kini rakyat Malaysia sudah matang dalam berpolitik. Kita kini berada dalam dunia yang tanpa sempadan. Kalau dulu hanya TV dan surat khabar sahaja mereka memperolehi maklumat,kini zaman dah berubah,pemikiran juga turut berubah...Kami tahu yang mana pejuang atau petualang...



La Tahzan.

0 comments:

Post a Comment