PRK Kuala Terengganu menjawab segala-galanya tentang hayat UMNO. UMNO semakin hari semakin di sisihkan oleh masyarakat melayu,amnya golongan muda. Kerna apa ia disisikan?Jawapannya mudah,rakyat sudah matang dalam membuat pemilihan dan menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Sudah 50 tahun rakyat di janjikan dengan slogan - membela bangsa,agama dan negara. Tapi setelah 50 tahun mentadbir habuk pun tarak. Melayu semakin hari semakin terapinggir,agama suci Islam semakin hari semakin di tinggalkan,negara semakin hari semakin hancur kerna "kurap"(rasuah).
Melayu kini sudah sedar akan wayang yang UMNO main selama ini. Perjuang UMNO dulu sudah hilang dek kerna kerasukusan pemimpim yang sibuk membela 'perut' mereka sendiri. Dulunya para pejuang UMNO berjuang dengan penuh keikhlasan,tapi kini keikhlasan itu sudah tiada dalam jiwa pemimpin mereka. Rakyat sudar sedar dan dapat menilai.
Dikatakan hampir bilion ringgit 'ditaburkan' di KT demi mendapat undi rakyat,tapi itulah hakikatnya, rakyat sudah pun masak dengan taktik ataupun cara UMNO untuk meraih undi. Majaroti lebih 2 ribu adalah isyarat yang rakyat berikan-UMNO bukan nya untuk kita lagi. Jumlah ini 3 kali ganda majoroti yang di menangi oleh UMNO pada PRU12 lalu.
Selepas keputusan di umumkan ,muka Najib bagaikan terpaku bila mengetahui bahawa rakyat KT telah menolak dengan majoroti yang lebih besar.Inilah hakikatnya yang perlu di telan oleh Najib dan isyarat yang rakyat berikan bahawa rakyat kini,amnya Melayu telah menolak UMNO dan kepimpinan Najib yang dikatakan akan berkuasa pada bulam Mac nanti.
Najib sebelum ini dengan bangga serta keangkuhannya mengatakan bahawa rakyat masih bersama mereka,tapi jawapannya sudah di buktikan bahawa rakyat kini telah menolak kepimpinan UMNO dan Najib.
Kebodohan pemimpin UMNO kini kian teserlah lagi bilamana mereka terutamanya media massa telah mengutarakan kepincangan yang terdapat dalam PR. Muka depan akhbar di sajikan dengan tajuk utamanya telah membincangkan kepincangan dalam PR. Rakyat dengan mudah mengatakan - nak tutup cerita nampak setelah tewas dengan majaroti besar di KT. Itulah kematangan rakyat Malaysia hari ini. Setelah tajuk itu di siarkan maka secara 'automatik' nya rakyat berkata,jagalah BN dan selesaikanlah masalah dalaman BN dulu.Jangan dok sibuk hal orang sangat,kerna menyibuk hal PR lah,masalah sendiri tidak selesai. Rakyat bukannya bodoh seperti dulu. Kepincangan dalam BN hari ini semakin parah dari PR,tapi mereka (BN) tak pedulikan semua tu. Dalam UMNO sendiri pun kepimpinannya tak sebulu,nak kata orang pulak...Itulah realiti pemikiran rakyat yang matang hari ini.
Tak keterlaluan saya katakan , PRU 13 yang menjelang nanti,maka riwayat UMNO akan berakhir. Percayalah..ahli UMNO dulu (oarang tua-tua) semakin 'meloya' melihat gelagat pemimpin mereka hari ini. Katanya pejuang Agama,tapi secara zahirnya jiwa sebagai pemimpin Islam itu sendiri tidak ada pada mereka...
Akhir sekali sebagai renungan: Menutup aurat itu wajib bagi Islam,bagai mana jika pemimpin no 1 mereka bininya tak bertudung seprti yang di syariatkan oleh Islam.Inikah golongan yang di katakan membela agama...Fikir-fikirkan lah.
Selamat Tinggal UMNO..
0 comments:
Post a Comment