Pages

Thursday, January 29, 2009

Salut sama Tan Sri Khalid

Sejak kebelakangan ini UMNO sering meng'attack' kerajaan negeri Selangor iaitu negeri yang terkaya di Malaysia. Terbaru ialah rasuah mengenai pembelian Lembu sempena hari raya korban baru-baru ini. Tujuan puak-puak ini (UMNO) ialah untuk memburukan kepimpinan Tan Sri Khalid dan menutup kelemahan UMNO yang sudah hendak 'mampas'. Mereka sekarang ni dah berlagak nak jadi hero untuk membasmi gejala rasuah kononnya. Khir Toyo sebenarnya terlupa mencerminkan dirinya dahuli sebelum membuat kenyataan. Khir Toyo terlupa ataupun tak sedar bahawa rakyat di bumi Tuhan yang bernama Malaysia ini bukannya bodoh seperti yang dijangkakan.

Sejak kekalahan UMNO di Selangor,di bawah naungan Khir Toyo,mereka semakin meracau bila mana pangkat yang mereka kecapi sebelum ini telah hilang. Hilang pangkat,maka hilanglah projek serta kemewahan yang mereka kecapi selama ini. Maka tak senang duduklah mereka. Dengan itu, meracau serta tak keruanlahlah di buatnya. Selama berkuasa,adakah mereka ini (UMNO) melihat serta merenung kesengsaraan rakyat. Apakah yang mereka buat untuk meringankan beban rakyat dalam memenuhi tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Apa yang rakyat dapat ialah hanya dapat melihat kekayaan yang di bolot oleh mereka sahaja...Rakyat bukannya bodoh.

Sejak pengambilalihan kepimpinan oleh PR,maka berbagai kemudahan telah di berikan. Antaranya air percuma sebanyak 20 meter padu. Walaupun sedikit bagi sesetengah pihak,tapi ia merupakan satu contoh kepimpinan dari pemerintah yang prihatin kepada rakyat.Perlu di ingat bahawa kepimpinan PR terutamanya di Sealangor belum sampai setahun lagi,tapi MB nya telah melakukan sesuatu yang sebelum ini belum pernah di lakukan oleh mana-mana negeri di Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan PR amnya Tan Sri Khalid Ibrahim benar-benar pemimpin yang cuba untuk meringankan beban rakyat di bawah jajahannya. Inilah baru pemimpin yang berjiwakan rakyat. Setidak-tidaknya rakyat dapat mengurangkan beban membayar bil air,maka duit itu dapatlah di gunakan untuk perbelanjaan yang lain.

Maka langkah pertama yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid ini menyebabkan Khir Toyo dan orang-orang UMNO semakin takut kerna,mungkin rakyat akan terus memberi kepercayaan lagi buat kepimpinan Tan Sri Khalid serta PR yang lain. Maka gigit jarilah orang-orang UMNO di Selangor amnya. Tak keterlaluan saya katakan mungkin selepas ini tol percuma pulak akan di berikan...Itulah Tan Sri Khalid Ibrahim yang kita kenal.

Walaupun bermacam-macam isu yang dikeluarkan,beliau sedikit pun tidak gentar dan goyang dalam menguruskan negeri yang terkaya di Malaysia itu.Beliau tahu apa yang harus dilakukan.

Harapan saya,semoga Tuhan memberi kekuatan kepada Tan Sri Khalid dalam mengharungi dugaan yang mendatang...Rakyat sentiasa di belakang anda..

SALUT SAMA TAN SRI KHALID BIN IBRAHIM.

0 comments:

Post a Comment