Pages

Saturday, May 30, 2009

Penanti:UMNO sedarlah diri

PRK Penanti menyaksikan buat julung kalinya UMNO tidak bertanding dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada ekonomi negara yang kian meruncing. Inilah alasan yang paling 'kurang bijak' dari UMNO terutama yang diterajui oleh Najib.

Bila Penanti kian membahang maka UMNO juga turut sama nak masuk 'port'. Terbaru Ketua Penerangan Bahagian telah membuat laporan polis di mana UMNO telah mengadakan ceramah. Ini menunjukkan UMNO 'kepingan' kerna 'teringin' turut sama dalam keraancakan PRK Penanti.

Secara tak langsung menunjukkan bahawa mereka telah lupa diri mereka. Mereka adalah golongan penakut kerna belum bertanding dah mengaku kalah. Alasan bodoh 'di hujankan' kepada rakyat. Betapa tak sedar diri lagi ialah mereka masih menganggap bahawa rakyat hari ini seperti dulu yang hanya terima saja apa yang mereka cakap. Mereka ini sebenarnya tak sedar bahawa setiap kali kata-kata mereka rakyat akan menilai dengan teliti.

Terbaru info dari rakan-rakan ialah mereka (UMNO) cuba menghasut rakyat Penanti supaya tidak keluar mengundi.Ada juga team yang cuba untuk melagakan PR terutamanya meminta penyokong PAS supaya memboikot calon PR dari PKR. Berbagai alasan di berikan,antaranya PKR hanya mementingkan diri sendiri dari rakan-rakan lain dalam PR terutamanya PAS. Mereka juga 'menjarum' dengan mengatakan kerusi DUN Penanti sesuai untuk PAS. Tapi yang 'terkena' jaruman itu hanya sedikit sahaja. Tetapi di sebabkan 'kesepaduan' PR semuanya 'jaruman' ini dapat di patahkan.

Setelah gagal untuk 'menjarum' penyokong PR maka mereka beralih pula dengan membantu 'Minah Ronggeng' ataupun Kak Min. Saban hari muka Kak Min terpapar di media massa mereka. Ke 'popularitian' Kak Min boleh mengalahkan selebriti tanah air atau pun artis yang popular. Hinggakan gerakan wanita UMNO juga di katakan memberi sokongan padu kepada Kak Min. Sedihnya bila melihat Kak Min saban hari tampil dengan memegang CD. Mungkin suatu hari nanti Kak Min berjaya menjadi tauke CD.

Kesian juga melihat UMNO yang 'kepingan' dalam PRK Penanti ini. Hinggakan Kak Min wanita biasa juga di gunakan untuk memastikan mereka ada 'port' juga untuk PRK Penanti ini.

Saya cadangankan kalau nak 'interframe' adakan satu Forum Perdana yang tiada kaitan dengan politik,ada juga faedahnya dari nak buat 'kacau' PRK Penanti. Sedarlah anda sebuah Parti yang takut akan bayang-bayang sendiri. Pimpinan sendiri pun tidak percaya akan kebolehan sehinggakan memutuskan tidak bertanding, Bagaimana pula kepercayaan rakyat terhadap anda.

Akhir kata buat pengundi-pengundi PRK Penanti,keluarlah mengundi beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada calon PR. Sokongan anda adalah singnal kepada politik kotor yang berlaku di Perak baru-baru ini.

Suara Rakyat Suara Keramat...Rakyatlah Hakim Negara

Tanda undi kita siapalah mereka.

Sunday, May 24, 2009

UMNO bukanlah milik Melayu

Salam sejahtera.

Tertarik bila mendengar cetusan rasa Datuk Ruhanie Ahmad yang juga pengendali Blog Kuda-Kepang. Beliau mengatakan bahawa HINDRAF memusuhi melayu dan umat Islam kerna pertubuhan itu memusuhi UMNO.

Kekadang itu pelik juga rasa bila seorang tokoh di antara yang terhebat mengatakan begitu.Malah beliau juga boleh di ketegorikan sebagai ilmuan. Persoalannya ialah adakah UMNO itu wajib kepada orang Melayu dan Islam...

Tidak kah beliau sedar bahawa adakah Islam itu hanya untuk Melayu...Adakah orang melayu itu hanya UMNO. Bagaimana pula dengan ahli PAS atau PKR yang melayu. Adakah kami ini bukan orang melayu atau Islam.

Perlu di ingat adakah UMNO hari ini sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan kedaulatan Islam dan mempertahankan maruah melayu? Tak keterlaluan di katakan bahawa UMNO hari ini telah tersasar dari perjuangan yang sebenar. Inilah yang membuatkan Melayu sendiri yang menentang UMNO terutamanya PAS dan PKR...Tetapi hakikatnya UMNO hari ini di pimpin oleh pemimpin yang tidak kuat jiwa melayu dan Islam itu sendiri.Boleh dikatakan sudah tiada niat untuk memertabatkan Islam.

Buat saudara Dato Ruhanie,adakah junjungan mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W memperjuangkan bangsanya....Nabi Muhammad hanyalah memperjuangkan serta memartabatkan Islam...Perlu di ingat bahawa di Malaysia hari ini bahawa bukan semua melayu itu Islam dan Islam iti bukanlah untuk melayu...Adakah UMNO peka dengan Melayu-melayu yang murtad?

Dalam keadaan kegawatan politik hari ini di harap Dato Ruhanie tidak cuba untuk mempermainkan isu perkauman.Lagi pun situasi politik hari ini isu itu sudah lapok ketinggalan zaman.

Maka janganlah hairan jika Melayu sendiri membenci UMNO,apatah lagi HINDRAF. Buat saudara serta sahabat yang agak ekstrime dalam perjuangannya ingatlah bahawa Islam itu Agama Rasmi Malaysia,oleh itu janganlah di usik tentangan kerasmiannya.

Jika di usik buruh padahnya...Jangan mainkan isu perkauman dan agama untuk servival politik.

BN kini semakin di akhir garisan.

Friday, May 22, 2009

Zambri MB Perak Yang Sah!

Tadi makhamah rayuan telah mengumumkan bahawa Dr Zambri adalah MB Perak yang Sah...Hakim telah memberi kemenangan 3-0 kepada Dr Zambri.

Maka rakyat Perak kini berada dalam dilema. Yang mana nak pakai ni. Makhamah Tinggi ka makhamah rayuan. Kita ni bukanlah golongan yang 'terror' dalam undang-undang. Maka kita tunggu plak pandangan dari yang 'expert' dalam bab undang-undang.

Kini yang tragisnya ialah rakyat Perak.Sebelum ni para pendukung PR telah gembira seketika bila makhamah tinggi mengumumkan bahawa Nizar adalah MB yang sah,kini sebaliknya baru berlaku.

Jalan penyelesaian terbaik bagi kemelut ini ialah membubarkan DUN sahaja.Jika DUN di bubar rakyat akan buat pilihan,pilihan itu nescaya akan memuaskan hati semua pihak,tak kira ia menyebelahi BN ataupun PR.

Sebelum ini selepas Makhamah tinggi menisyitiharkan IR Nizar MB sah,beliau telah mengambil keputusan yang bijak iaitu mendapat pekenan Tuanku untuk membubarkan DUN. Tujuannya ialah demi memastikan rakyat bebas memilih pemimpin yang mereka rasakan sesuai untuk memimpin mereka.Inilah yang di katakan pemimpin yang benar-benar hendak menjaga serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Di pihak Dr Zambri pulak,di jangkakan beliau memastikan DUN tidak di bubarkan. Ini kerna beliau takut akan gelombang kebangkitan rakyat yang kini kian kuat melanda. Maka berbagai alasan-alasan naif akan di berikan bagi memastikan DUN Perak tidak di bubarkan. Tak keterlaluan,jika DUN di bubarkan beliau tahu bahawa 'pilihan rakyat' kini tidak akan memihak kepada BN.

Dan jangan terkejut juga selepas ini,akan ada seuatu 'isu besar' akan melanda negara yang akan menjadi tajuk perbincangan media-media massa milik BN bagi 'menutup' isu Perak. Ia bertujuan bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu ini...Inilah BN yang belum sedar bahawa BN semakin mendekati 'kubur' untuk di kuburkan buat selamanya.

Apa pun, hanya doa sajalah yang mampu lakukan bagi memastikan semuanya selamat. Ini kerana doa itu ialah senjata orang mukmin. Oleh demikian berdoalah kita agar semuanya selamat dan kemenangan pasti menjadi milik kita.

Rasanya PRU 13 nanti tahulah mereka iaitu gerombolan-gerombolan BN. Tuhan sayangkan umatnya yang penuh kesabaran.

Sebelum mengakhiri 'tarian ini'- Takziah buat keluarga Allahyarham PakSu Mail,iaitu pemimpin yang di kenali sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat di kalangan DUN Manik Urai...AL-FATIHAH.

Thursday, May 21, 2009

Harap Tiada pula "Alahai Dr Mansor"

Umum telah mengetahui bahawa BN tidak akan meletakan calon semasa Pilihanraya kecil (PRK) Penanti nanti.Secara matematik mudahnya Dr Mansor akan menjadi YB. Walaupun jangan di pandang ringan akan pesaingnya nanti,lawan tetap lawan.

Tak keterlaluan dikatakan bahawa Dr Mansor merupakan bakal TKM1 nanti bagi menggantikan 'singa muda' iaitu saudara Fairus. Semasa 'singa muda' ini mentadbir berbagai cubaan dan dugaan telah di laluinya. Akhir sekali beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan secara 'jantan' bagi menjaga kepentingan parti. Beliau bukannya tak mampu untuk 'menahan' ancaman musuh,beliau merupakan seorang pemuda yang cekal menghadapi dugaan serta menongkah arus. Tetapi bila mana rakan perjuangan sendiri menghentam,maka beliau berundur secara hormatnya demi menjaga parti.

Ingatkan kawan-kawan ingin membantu,tetapi sebaliknya pula yang berlaku.Ini lah masahlahnya bila mana kepentingan diri melebihi kepentingan parti. Maka muncul lah 'wira' iaitu 'Alahai Fairus TKM Penang'. Saban hari individu yang menganggapnya wira membuka pekung saudara Fairus. Hinggakan kecik punya hal pun di jadikan besar. Maka teserlah akan niat yang di katakan baik oleh 'Alahai...'

Mereka ini terlupa akan siapa diri mereka yang sebenarnya. Mereka ini menganggap mereka ini 'maksum' hinggakan masalah peribadi Fairus pun di sebarkan. Benar kata pepatah...'Gajah depan mata tidak nampak,kuman seberang laut menjadi mangsa'...Pepatah ini amat sesuai di tujukan kepada 'Alahai...'

Lebih menyedihkan lagi ialah ada antara mereka yang sanggup menjatuh kan Fairus dengan tuduhaqn palsu,sepert rasuah,ejen UMNO dan mahu lompat parti. Tapi itu semua telah terbukti bahawa telahan itu meleset sama sekali. Maka terlondehlah akan kemaluan mereka sendiri...Maka rakyat kini dapat menilai...

Harap selepas perlantikan Dr Mansor sebagai TKM1 nanti,maka tiada pula blog bernama 'Alahai Dr Mansor TKM Penang'...Jika wujud,maka tiada maaf lagi bagimu...


Sedih juga bila melihat kawan-kawan yang lari akan perjuangan bilamana peroleh kemenangan...Hanya pandai bercakap,tapi tidak tahu melaksanakan...Cakap itu mudah,tapi sukar untuk melaksanakannya.

Monday, May 18, 2009

Muktamar PAS:UMNO mula menyerang.

Ketika ini PAS sedang sibuk mengadakan pemilihan untuk muktamar.Maka masa inilah 'balaci-balaci' UMNO memulakan 'kerja-kerja'mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk menjadikan kedaan 'panas' dan menampakan 'dosa-dosa' jemaah terutamanya pimpinan PAS ketika ini yang semakin mendapat 'pilihan' di hati rakyat terutamanya 'non-muslim.

Di dada media massa mereka menjadikan tajuk utama untuk 'mensensasi' keadaan. Tidak hairanlah jika berbagai 'dakyah-dakyah' bodoh di utarakan bagi menampakkan ketempangan PAS. Maka 'kecik punya hal pun' di jadikan bahan cerita. Ini kerna 'besar punya hal' sebenarnya tiada ketempangan. Mereka ini sebenarnya kekurangan 'point' untuk mensensasikan cerita. Inilah UMNO.

Sebenarnya inilah 'penampung' mereka ketika ini kerna UMNO sedang sarat 'lubang-lubang' masalah yang melanda mereka. Umum telah ketahui bahawa mereka sedang mengalami masalah yang besar di Perak. sebelum ini kelicikan mereka telah berjaya seketika,tetapi Tuhan itu Maha Perancang. Perancangan mereka itu sebenarnya tidak sama dengan perancangan Tuhan,maka hari Tuhan telah tunjukkan lubang mereka yang sebenarnya. Mereka bagaikan membuka sendiri 'lubang busuk' mereka sendiri untuk tontonan umum. Maka tak hairanlah jika 'kecik punya hal' pun cuba mereka besarkan. Mereka sebenarnya tak ada isu untuk di sensasikan bagi 'menjahanamkan' PAS.

Buat ahli PR,terutamanya PAS,'persetankan' rencana-rencana kerna mereka ini sebenarnya sedang membisik bisikan syaitan kepada rakyat. Mereka ini sebenarnya terlupa bahawa rakyat kini berada di abad ke 20...Lagi di buruk,lagi dekat di hati.

Tuhan sayangkan umatnya.Ia uji kita untuk melihat 'keimanan' kita terhadapNYA. Bila berjaya maka Kusanya mengatasi penguasa yang 'haprak'.

Siapalah kita untuk melawan 'pemberianNYA'

...Tak sabar menunggu pembubaran DUN Perak...

Saturday, May 16, 2009

Isu di Perak:Umno Tersepit

Salam Sejahtera.

Bumi Perak kini telah menjadi perhatian umum dek kerna keputusan Makhamah baru-baru ini.Makhamah Tinggi telah menisyitiharkan bahawa DS Ir Nizar merupakan MB yang sah. Maka bergegarlah masyarakat Malaysia dengan keputusan ini.

Maka BN menjadi gelabah bila mana Dr Zambri terpaksa mengosongkan kerusi MB yang di sandangnya sebelum ini.Maka dia pun telah menfailkan rayuan. Keputusan rayuannya akan di keluarkan pada Isnin ini.

Ekoran peristiwa ini maka BN tak 'ketahuan'...Kerna mereka bagaikan menonjolkan keburukan diri mereka sendiri di khalayak ramai.Rakyat kini sedar akan ketempangan BN dalam rampasan kuasa ke atas Perak dari pimpinan Pakatan Rakyat.Maka ketempangan mereka telah menjadi buah mulut rakyat terutamanya yang memberi sokongan penuh selama ini. Mereka (BN) sedar bahawa rahsia perjuangan mereka selama ini telah terbongkar kerna kesilapan mereka sendiri. Jadi kepercayaan rakyat akan musnah kerna 'kepandaian' mereka dalam menawan Perak.

Kini rakyat mula sedar yang mana intan dan yang mana kaca dalam membela nasib rakyat.Selama ini BN telah banyak mempermainkan rakyat demi kepentingan politik mereka sendiri hingga sanggup menggadaikan prinsip rukun negara.Mereka selama ini hanya 'berkompang' sahaja dalam menjaga rakyat dan mendaulatkan negara,tapi hakikat sebenarnya merekalah yang 'dalang' terhadap undang-undang.

Rakyat kini sedar akan penipuan selama ini. Meraka sanggup buat apa saja asalkan tuntutan 'nafsu' mereka di penuhi.Mereka sanggup 'memutar belitkan' undang-undang demi menawan semula Perak. Banyak dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini,tapi kini dosa mereka itu mereka sendiri yang menunjukkannya.Inilah yang di katakan Kuasa Tuhan.Sebijak mana mereka memutar belitkan keadaan tapi mereka tidak mampu melawawan Kuasa Yang Maha Agung.

Setiap hari PR terutamanya DS Ir Nizar hanya mampu berdoa dalam melawan kekuasaan yang BN,kini Yang Maha Kuasa telah memakbulkan doa dari insan yang berhati mulia iaitu Nizar. Lihatlah kini setiap hari BN menjadi cemuhan rakyat.

Inilah yang di katakan Perancangan Kita Tidak Sama Dengan Perancangan Tuhan.
Tuhan bersama dengan Umantnya yang penuh dengan kesabaran.

Bayangkan jika DUN Perak di bubarkan,adakah BN akan mendapat tempat di hati rakyat...
Bersamalah kita memikirkannya.

Friday, May 1, 2009

Penanti: Rakyat sedang menanti

Salam Hormat...

Dah agak lamanya laman ini tidak di nukilkan. Kini ia hadir semula. 31 Mei ini rakyat di bawah naungan DSAI - Permatang Pauh menantinya dengan penuh isyarat. Isyarat nya ialah BN harus di tolak.

Sebelum kekosongan kerusi Dun Penanti oleh saudara Fairus,berbagai 'pancaroba' harus di lalui oleh penyandangnya sebelum ini. Hinggakan saudara Fairus telah mengambil keputusan untuk mengosongkannya untuk memuaskan hati semua pihak,terutamanya "kengkawan" sendiri yang tak 'sebulu' dengannya...

Tindakan saudara Fairus adalah tindakan yang bijak kerna 'meredakan' kengkawan yang 'pedih mata' dengan rentak saudara Fairus. Mungkin rentak Fairus itu tak 'selari' dengan rentak mereka,maka seluruh 'angkatan' telah di gerakan dalam 'menjayakan rencana mereka.'

SPRM telah mengisytiharkan bahawa saudara Fairus 'suci' dari tohmahan yang di lemparkan oleh 'kengkawan'...maka berbagai andaian dan spekulasi lain plak menjelma.
Buat saudara Fairus, "persetan' kan ini semua...Dah lumrah manusia...Kesempurnaan itu milik Tuhan...Biar Tuhan sahaja tahu akan kebenarannya. Manusia hanya mampu menilai dari luaran,tapi dari dalaman ,Tuhan sahaja yang tahu.

Penanti akan menjadi gelanggang baru rakyat untuk menyatakan pemerintahan baru yang 'bertrendkan' Satu Malaysia..Bagi aku ia sama dengan Malaysia Malaysian...Entahlah...tapi bagi aku ia mungkin sebagai 'politic millage' untuk Najib.

Secara kasarnya rakyat dah tak sabar nak menyatakan isi hati mereka tentang 'trend' Najib yang penuh dengan 'masalah' kreadibilitinya sehingga kini. Terbaru dan terkini ialah tentang 'statment' media Perancis. Sehingga kini Najib masih belum menjawab mengenainya...Betul atau tidak,Tuhan sahaja yang tahu akan kepastiannya.

Rakyat kini bukanlah seperti 20 tahun yang lalu. Kini rakyat telah berada di abad ke 20. Mungkin BN tak mengerti akan keadaan rakyat yang berada di abad ke 20. Inilah di antara 'ketempangan' BN hari ini. Mungkin kepeimpinan mereka leka dalam 'mencangkul' gunung emas dan terlepas pandang akan situasi hari ini.

Terima Kasih Tuhan kerna telah memberikan akan keterbukaan hati rakyat yang selama ini 'buta' akan kebenaran. Telah lama pejuangMU berjuang dalam menyatakan kebenaran,mereka telah di duga dengan hebat olehMU...Kini dugaan yang Kau berikan telah Kau balas dengan kejayaan. Kini kejayaan demi kejayaan telah Kau titiskan,semoga suatu hari nanti pejuang-pejuang yang telah berjuang di jalanMU akan beroleh kejayaan...siapalah kami yang hina ini tanpa bantuan dari MU yang Maha Satu...

Buat penduduk kawasan Penanti serta pendukung perubahan,inilah sekali lagi peluang yang di berikan olehNYA dalam menyatakan isi hati kita...Jangan lepaskan peluang keemasan ini...Buktikan bahawa 'Satu Malaysia hanya untuk Satu Penggal sahaja'

Buat yang kengkawan 'tergelincir' sedikit itu, pintu taubat masih terbuka...