PRK Penanti menyaksikan buat julung kalinya UMNO tidak bertanding dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada ekonomi negara yang kian meruncing. Inilah alasan yang paling 'kurang bijak' dari UMNO terutama yang diterajui oleh Najib.
Bila Penanti kian membahang maka UMNO juga turut sama nak masuk 'port'. Terbaru Ketua Penerangan Bahagian telah membuat laporan polis di mana UMNO telah mengadakan ceramah. Ini menunjukkan UMNO 'kepingan' kerna 'teringin' turut sama dalam keraancakan PRK Penanti.
Secara tak langsung menunjukkan bahawa mereka telah lupa diri mereka. Mereka adalah golongan penakut kerna belum bertanding dah mengaku kalah. Alasan bodoh 'di hujankan' kepada rakyat. Betapa tak sedar diri lagi ialah mereka masih menganggap bahawa rakyat hari ini seperti dulu yang hanya terima saja apa yang mereka cakap. Mereka ini sebenarnya tak sedar bahawa setiap kali kata-kata mereka rakyat akan menilai dengan teliti.
Terbaru info dari rakan-rakan ialah mereka (UMNO) cuba menghasut rakyat Penanti supaya tidak keluar mengundi.Ada juga team yang cuba untuk melagakan PR terutamanya meminta penyokong PAS supaya memboikot calon PR dari PKR. Berbagai alasan di berikan,antaranya PKR hanya mementingkan diri sendiri dari rakan-rakan lain dalam PR terutamanya PAS. Mereka juga 'menjarum' dengan mengatakan kerusi DUN Penanti sesuai untuk PAS. Tapi yang 'terkena' jaruman itu hanya sedikit sahaja. Tetapi di sebabkan 'kesepaduan' PR semuanya 'jaruman' ini dapat di patahkan.
Setelah gagal untuk 'menjarum' penyokong PR maka mereka beralih pula dengan membantu 'Minah Ronggeng' ataupun Kak Min. Saban hari muka Kak Min terpapar di media massa mereka. Ke 'popularitian' Kak Min boleh mengalahkan selebriti tanah air atau pun artis yang popular. Hinggakan gerakan wanita UMNO juga di katakan memberi sokongan padu kepada Kak Min. Sedihnya bila melihat Kak Min saban hari tampil dengan memegang CD. Mungkin suatu hari nanti Kak Min berjaya menjadi tauke CD.
Kesian juga melihat UMNO yang 'kepingan' dalam PRK Penanti ini. Hinggakan Kak Min wanita biasa juga di gunakan untuk memastikan mereka ada 'port' juga untuk PRK Penanti ini.
Saya cadangankan kalau nak 'interframe' adakan satu Forum Perdana yang tiada kaitan dengan politik,ada juga faedahnya dari nak buat 'kacau' PRK Penanti. Sedarlah anda sebuah Parti yang takut akan bayang-bayang sendiri. Pimpinan sendiri pun tidak percaya akan kebolehan sehinggakan memutuskan tidak bertanding, Bagaimana pula kepercayaan rakyat terhadap anda.
Akhir kata buat pengundi-pengundi PRK Penanti,keluarlah mengundi beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada calon PR. Sokongan anda adalah singnal kepada politik kotor yang berlaku di Perak baru-baru ini.
Suara Rakyat Suara Keramat...Rakyatlah Hakim Negara
Tanda undi kita siapalah mereka.
0 comments:
Post a Comment