Pages

Saturday, May 16, 2009

Isu di Perak:Umno Tersepit

Salam Sejahtera.

Bumi Perak kini telah menjadi perhatian umum dek kerna keputusan Makhamah baru-baru ini.Makhamah Tinggi telah menisyitiharkan bahawa DS Ir Nizar merupakan MB yang sah. Maka bergegarlah masyarakat Malaysia dengan keputusan ini.

Maka BN menjadi gelabah bila mana Dr Zambri terpaksa mengosongkan kerusi MB yang di sandangnya sebelum ini.Maka dia pun telah menfailkan rayuan. Keputusan rayuannya akan di keluarkan pada Isnin ini.

Ekoran peristiwa ini maka BN tak 'ketahuan'...Kerna mereka bagaikan menonjolkan keburukan diri mereka sendiri di khalayak ramai.Rakyat kini sedar akan ketempangan BN dalam rampasan kuasa ke atas Perak dari pimpinan Pakatan Rakyat.Maka ketempangan mereka telah menjadi buah mulut rakyat terutamanya yang memberi sokongan penuh selama ini. Mereka (BN) sedar bahawa rahsia perjuangan mereka selama ini telah terbongkar kerna kesilapan mereka sendiri. Jadi kepercayaan rakyat akan musnah kerna 'kepandaian' mereka dalam menawan Perak.

Kini rakyat mula sedar yang mana intan dan yang mana kaca dalam membela nasib rakyat.Selama ini BN telah banyak mempermainkan rakyat demi kepentingan politik mereka sendiri hingga sanggup menggadaikan prinsip rukun negara.Mereka selama ini hanya 'berkompang' sahaja dalam menjaga rakyat dan mendaulatkan negara,tapi hakikat sebenarnya merekalah yang 'dalang' terhadap undang-undang.

Rakyat kini sedar akan penipuan selama ini. Meraka sanggup buat apa saja asalkan tuntutan 'nafsu' mereka di penuhi.Mereka sanggup 'memutar belitkan' undang-undang demi menawan semula Perak. Banyak dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini,tapi kini dosa mereka itu mereka sendiri yang menunjukkannya.Inilah yang di katakan Kuasa Tuhan.Sebijak mana mereka memutar belitkan keadaan tapi mereka tidak mampu melawawan Kuasa Yang Maha Agung.

Setiap hari PR terutamanya DS Ir Nizar hanya mampu berdoa dalam melawan kekuasaan yang BN,kini Yang Maha Kuasa telah memakbulkan doa dari insan yang berhati mulia iaitu Nizar. Lihatlah kini setiap hari BN menjadi cemuhan rakyat.

Inilah yang di katakan Perancangan Kita Tidak Sama Dengan Perancangan Tuhan.
Tuhan bersama dengan Umantnya yang penuh dengan kesabaran.

Bayangkan jika DUN Perak di bubarkan,adakah BN akan mendapat tempat di hati rakyat...
Bersamalah kita memikirkannya.

0 comments:

Post a Comment