Pages

Monday, May 18, 2009

Muktamar PAS:UMNO mula menyerang.

Ketika ini PAS sedang sibuk mengadakan pemilihan untuk muktamar.Maka masa inilah 'balaci-balaci' UMNO memulakan 'kerja-kerja'mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk menjadikan kedaan 'panas' dan menampakan 'dosa-dosa' jemaah terutamanya pimpinan PAS ketika ini yang semakin mendapat 'pilihan' di hati rakyat terutamanya 'non-muslim.

Di dada media massa mereka menjadikan tajuk utama untuk 'mensensasi' keadaan. Tidak hairanlah jika berbagai 'dakyah-dakyah' bodoh di utarakan bagi menampakkan ketempangan PAS. Maka 'kecik punya hal pun' di jadikan bahan cerita. Ini kerna 'besar punya hal' sebenarnya tiada ketempangan. Mereka ini sebenarnya kekurangan 'point' untuk mensensasikan cerita. Inilah UMNO.

Sebenarnya inilah 'penampung' mereka ketika ini kerna UMNO sedang sarat 'lubang-lubang' masalah yang melanda mereka. Umum telah ketahui bahawa mereka sedang mengalami masalah yang besar di Perak. sebelum ini kelicikan mereka telah berjaya seketika,tetapi Tuhan itu Maha Perancang. Perancangan mereka itu sebenarnya tidak sama dengan perancangan Tuhan,maka hari Tuhan telah tunjukkan lubang mereka yang sebenarnya. Mereka bagaikan membuka sendiri 'lubang busuk' mereka sendiri untuk tontonan umum. Maka tak hairanlah jika 'kecik punya hal' pun cuba mereka besarkan. Mereka sebenarnya tak ada isu untuk di sensasikan bagi 'menjahanamkan' PAS.

Buat ahli PR,terutamanya PAS,'persetankan' rencana-rencana kerna mereka ini sebenarnya sedang membisik bisikan syaitan kepada rakyat. Mereka ini sebenarnya terlupa bahawa rakyat kini berada di abad ke 20...Lagi di buruk,lagi dekat di hati.

Tuhan sayangkan umatnya.Ia uji kita untuk melihat 'keimanan' kita terhadapNYA. Bila berjaya maka Kusanya mengatasi penguasa yang 'haprak'.

Siapalah kita untuk melawan 'pemberianNYA'

...Tak sabar menunggu pembubaran DUN Perak...

0 comments:

Post a Comment