Pages

Tuesday, February 23, 2010

Mengapa UMNO menyibuk.

Salam 2 all.

Entahla,kenapa la UMNO menyibuk isu hal Pengerusi PUZ. Di zaman pemerintahan BN dahulu PR tak pernah menyibuk pun akan siapa yang di lantik menjadi Pengerusi badan itu. Biarla PR tentukan kerna PR memerintah Pulau Pinang.

Kalau bukan Islam di lantik tak apa la mereka menyibuk, ni yang di cadangkan ialah TKM 1. Inilah yang di katakan BN yang semakin kemaruk kuasa. Biar la PR mengurus,kita tengok mampu atau tidak PR mengurus,entah-entah lebih baik dari dulu....Mungkin kot inilah yang bakal menggusarkan UMNO kot... Dulu masa Shabudin Yahya mentadbir PR tak pernah menghalang pun,kini tiba la pulak giliran PR mengambil alih.

Sebagai pesan kepada UMNO,duduk diam-diam lah selepas di tolak rakyat...muhasabah lah diri,carilah kelemahan diri...dengan kata lain cermin la diri...

Rakyat kini bukan lah bodoh macam di sangka kan...La ni dah zaman IT..Sedarlah kes Pengerusi PUZ tu sebenarnya telah menampakkan 'kehaprakan' dan 'kesangapan' UMNO itu sendiri...

Teringat kata orang-orang lama,Kalau depa ingat depa tu habis cerdik,maka kebodohan pula akan menyusul kerna cerdik itu sudah habis...

"Ada mata tengok,ada telinga dengar,ada akal...fikirla sendiri"

Monday, February 22, 2010

PR Penang:Kembalilah Ke Pangkal Jalan.

Salam 2 all.

Terlebih dahulu,ku pohon seribu keampunan andainya 'tinta' yang bakal aku coretkan ini 'bisa' mengguris hati sesetengah pihak. Kesempurnaan itu tentunya milik Tuhan yang Maha Esa,kita manusia hanya mampu jujur dan amanah dalam melaksanakan 'task-task' yang di berikan.

Mungkin aku cuba 'melembutkan' sedikit tinta aku ini bagi menjaga hati 'kengkawan' agar tidak 'beprasangka' buruk ke atas aku...aku masih dalam era 'reform'

Sudah lebih 2 tahun PR memerintah. Maka rakyat sedang menantikan 'terjemahan' reformasi yang di war-war kan sebelum ini,terutamanya masa berkempen untuk menakluk SATU MALAYASIA dari rejim UMNO/BN. Kini harapan itu telah Tuhan perkenankan dengan memberikan 5 negeri kepada (PR) termasuk Perak sebagai ujian.

Kini rakyat yang telah memberi 'kepercayaan' kepada kita sedang dan menanti apakah perubahan yang 'di canangkan' sebelum ini. Rakyat kini bukanlah 'bergantung harap kepada media massa milik BN,tetapi bergantung dengan 'kecambahan' berita terkini dari 'bloggers'. Semua maklumat dapat 'di sajikan' dengan begitu cepat. Sama ada benar atau tidak,kematangan rakyat Malaysia kini mampu menilainya.

Tinta aku lebih suka berbicara akan kepimpinan PR di Pulau Pinang. Negeri aku di lahirkan.di besarkan dan tempat aku 'di berikan' rezeki. Bermula pada era reformasi pada Tahun 1998 di mana tahun DSAI di pecat,aku bersama rakan2 aku yang lain 'mendukung' pergerakan tersebut...mana tidaknya dialah idola aku sejak kecil...Bak kata isitilah 'Nippon' kami semua 'KAMIKAZE'...Masa itu aku sedang belajar di IPT di utara bagi mendapat 'sedikit' ilmu walaupun ia tidaklah setinggi mana.

Begitu dasyat penangan DSAI hinggakan satu Malaysia bangkit dalam menyatakan sokongan kepada 'beliau'...mana tidaknya tuduhan yang begitu 'naif' di sajikan kepada rakyat Malaysia.

Kini, DSAI boleh tersenyum bangga kerna 'kejayaan' telah membuahkan hasil.

Dipendek kan cerita...

Setelah kejayaan telah di perolehi,aku mula 'terjun' terus kedalam politik,walau pun secara sukarela...duit belakang cerita kerna 'semangat reform' masih menebal hingga kini...kerja sukarela walaupun 'membelakangkan' sedikit sumber pendapatan utama...hampir 2 tahun membanting tulang bagi memastikan 'makna' kemenangan itu di terjemahkan...Liku-liku politik macam biasa la...Tapi yang sedihnya bila terdapat segelintir antara 'pemimpin' telah lupa akan sedikit semangat juang yang di katakan sebelum ini...2 tahun memerintah tapi 'coraknya' masih sama sahaja...Tiada perubahan yang 'meletup' dapat di lihat...nak kata publisiti kurang,tidak juga kerna 'reform' bukan bergantung kepada media massa milik BN..tapi sampai hari ini masih belum boleh di banggakan kerna tiada satu pun 'simbahan' yang rakyat 'Penang' nikmati...

Kini 'Penang' hanya di limpahi dengan isu-isu kontraversi yang sedikit 'melemahkan' PR di Penang...Sebagai contoh kes DS Zahrin yang telah 'BEBAS' kan dirinya kerna masalah dalaman parti. Di sini sebenarnya 'terkeluar' akan yang tersirat di dalam kepimpinan PR di Pulau Pinang. Rakyat rasa seolah-olah telah di tipu oleh orang-orang yang bertopengkan 'reform'...Bayangkan bagaimana perasaan rakyat melihat akan kejadian ini. Tidak kah terasa hampa dan 'di tipu' oleh pemimpin...Bagaimana pula dengan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin PR. Walaupun ia agak kecik,tapi janganlah di pandang 'ringan'...musuh sentiasa menanti kelemahan...

Dari segi kebajikan pula,tidak langsung di 'tampil' kan..Pulau Pinang masih terdapat rakyat yang perlukan perhatian,tapi secara jujurnya mereka ini telah 'di lepas' pandang oleh pemimpin PR di Pulau Pinang. Mana kebajikan yang sebelum ini di canangkan....Kini rakyat di pendalaman dah mula 'bersuara'...jangan tunggu sampai bila rakyat dah 'melugai' barulah kita 'jaga' dari tidur yang bermimpikan perkara yang indah.

Secara jujurnya,beberapa teman dah mula 'menjauhkan' diri dari PR di Pulau Pinang. Ini kerna mereka sedikit 'bosan' akan karenah 'politikus' yang sedia ada. Mana tidaknya kini sudah timbul 'budaya UMNO' dalam PR terutamanya di dalam PKR sendiri. Lobi melobi projek dah mula kedengaran. Terimalah hakikat sejak peristiwa 'Fairus TKM' bunga-bunga 'jatuh menjatuh' sudah sedikit kelihatan...memang manusia ini tidak sempurna,tapi bagilah peluang secukupnya kepada pemimpin tersebut dalam 'mencatur' kan perjalananya...Kini cantas mencatas jelas kelihatan dalam kes Fairus.

Selain itu juga 'jaguh-jaguh' haparak kini dah mula timbul dan menonjolkan diri...Cakap jer lebih tapi kerja nya kurang. Kalau berjaya pun 'kerbau yang boleh sakit,tapi Sapi yang dapat' nama. Terus terang aku katakan,'Jaguh-jaguh' Haparak inilah yang akan 'memusnah' PR terutamanya PKR di Pulau Pinang.

Kekadang tu kesian jugak kepada DSAI yang bertungkus lumus menjayakan 'Reformasi' tapi di jahanamkan oleh golongan 'Jaguh Haprak' yang ada. Kalau la DSAI di 'ikat' kan kemaraannya, bagaimana PKR nak meneruskan hidup,nescaya berkuburlah kita.

Buat pemimpin atasan, nilai sendirilah kerja yang di lakukan oleh pendukung-pendukung Reformasi,jangan bergantung kepada orang-orang kepercayaan kerna dalam hati manusia ini terdapat 'hati-hati' yang penuh dengan kebusukan. Maka hati-hati ini lah yang akan merusakkan PKR di Pulau Pinag.

Akhir kata,kembalah kita semua kepangkal jalan,iaitu semangat reformasi 'tulen'...Bukan nya reformasi mencari 'kekayaan'...Kerna pintu kepercayaan rakyat kepada belum tertutup lagi. Sedarlah yang UMNO kini telah merancang strategi yang begitu dasyat dalam menjahanamkan kita...Bangunlah dengan kekuatan yang berakar umbikan reformasi tulen...
Yang sedihnya,yang pelukan bantuan di pinggirkan,yang mengampu kini menjana pendapatan...

"SEMANGAT YANG MASIH BELUM HILANG"

Friday, February 19, 2010

KJ: Macam mana pula dengan Johor,Perlis dan Pahang

Salam 2 all.

Kalau dah 'bangang' dalam bab agama tu duduk diam-diam la,jangan bagi komen yang boleh mengelirukan rakyat melayu terutamanya yang ingin mendalami Islam yang hakiki,bukannya Islam Hadhari...

Ini lah ungkapan yang sesuai di tujukan buat Ketua Pemuda Umno Malaysi iaitu KJ. Terkejut jugak aku membaca 'sesawangnya' iaitu http://www.rembau.net.my/ yang artikelnya bertajuk Isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang yang bertarikh 13 Feb 2010. Antara 'bait-baik' yang menunjukkan 'double standard' ialah

"Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Ini kerana, sekiranya laporan itu adalah benar, pembatalan perarakan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang merupakan satu amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga Umat Islam di Pulau Pinang. "

KJ juga mengatakan bahawa ia adalah satu penghinaan kepada Islam jika Pulau Pinang membatal kan perarakan. Di Fahamkan juga bahawa Perlis,Johor dan Pahang juga tidak akan mengadakan perarakan. Adakah 3 negeri ini juga 'menghina' Islam....

Jawablah KJ dengan ikhlas,adakah kerna Pulau Pinang di perintah oleh PR di label kan hina agama Islam,bagai mana pula dengan negeri yang di perintah BN ,adakah mereka juga menghina Islam...

Pesanan buat KJ,nak cakap tu pakai akai lah...Jangan la nak tunjuk hero hinggakan 'meludah ke langit'. Rakyat kini bukan lah bodoh seperti di sangkakan.

p/s - menunggu reaksi dan ulasan dari KJ mengenai negeri Najib dan Muhyidin Yasin plak.

Thursday, February 18, 2010

Al kisah Perarakan Maulidur Rasul

Salam 2 all.

Gumpita seketika jugak,bilamana utusan meloya telah membangkitkan isu perarakan maulidir Rasul yang di katakan di sekat oleh kepimpinan Lim Guan Eng (LGE).

Maka saban hari 'serangan' bertali arus telah di lancarkan oleh kem UMNO terhadap PR terutamanya di Pulau Pinang. Maka serangan kembali reda bila mana ' Harakah' sendiri telah menyajikan 'Kenyataan' LGE di muka depan...Selesai la sikit nampaknya.

Hari ini mantan mufti Perlis Dr Asri sendiri telah membuat kenyataan supaya tidak perlu di adakan perarakan maulidur Rasul kerna ia bukanlah satu ibadat...Malah perarakan semua agama haruslah di haramkan melibatkan semua agama...Ia agak pelik,tapi hakikat nya adalah benar. Di bumi ambia sendiri pun tiada perarakan maulidur rasul di sambut,ini kan pula bumi Malaysia yang di katakan negara Islam yang tak menjalankan 'Hukum Syariah'...

Di Malaysia terdapat sedikit 'kepelikan' kerna setiap negeri ada muftinya sendiri dan setiap negeri mempunyai fatwa yang berlainan. Inilah sedikit 'kecelaruan' yang melanda umat Islam di Malaysia.

Berbalik kita kepada Maulidur Rasul,wajibkah kita mengadakan perarakan...sebenarnya tiada dalil atau nas yang mewajibkannya..Tapi di Malaysia ia seolah-olah wajib di laksanakan...hinggakan saban hari isu di Pulau Pinang di cemuh dengan 'gila-gila' sekali. Apa guna ada media massa di Malaysia. Cukuplah sekadar 'penghayatan' sempena kelahiran Baginda Rasullullah di sebarkan melaui media massa dan juga melalui ceramah...

Akhir sekali yang bertelagah ialah umat Islam sendiri...mana tidaknya masing-masing dengan 'fatwa' bebas tanpa merujuk kepada yang benar...Hanya dua perkara sahaja yang Rasullullah tinggal kan kepada kita iaitu Al-Quran dan Hadis..kalau semua benar-benar mengikutinya maka kecelaruan ini tidak timbul...tapi sayang nya hukum akal selalunya mendahului segalanya.

Lihatlah kewajipan meunutup aurat sendiri yang jelas dinyatakan di dalam Al-Quran gagal di ikuti,ini kan pula perkara yang tiada dalam Al-Quran dan Sunnah pula yang di bangkitkan...
Inilah hakikat Islam di Malaysia.

Sebagai pemimpim,pimpinlah kami ke jalan yang benar,tunjukkan lah contoh teladan yang baik bagi di jadikan ikutan.

" Minta Najib sampaikan kuliah sempena Maulidur Rasul plak kot"...

Sunday, February 14, 2010

Sah,Memang Utusan Meloya

Salam 2 all.

Terkezut bangat bila mendapat tahu bahawa Utusan Meloya mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri.

Ternyata sah lah bahawa utusan Meloya kini merupakan penyebar fitnah no 1 suratkhabar harian. Buktinya ialah sidang media yang di adakan oleh Maliik Kassim iaitu Exco Agama dan Lim Guan Eng sendiri. Yang lebih 'terasa' ialahlah kenyataan Lim Guan Eng ada mengatakan "adakah sampai kiamat baru Utusan Meloya ini berhenti menabur fitnah"...Kalau aku penulis utusan meloya dalam isu itu dah lama aku berhenti menjadi orang.

Pelik la juga dengan penulis yang membuat statement seperti itu,tergamak ia memfitnah sedemikian rupa. Sanggup memainkan sintimen agama bagi memecahkan belahkan rakyat Pulau Pinang serta sanggup menyebarkan fitnah ketahap yang tinggi.

Yang paling sedih sekali ialah pakcik-pakcik di kampung yang menjadikan utusan meloya ini sebagai sumber maklumat mereka,maka mereka akan terkena 'racun' dari penulis yang tak bertanggung jawab ini. ...menjawab lah kamu di depan Allah nanti.

Sedarlah kawan (penulis tersebut) fitnah itu dasyat dari membunuh,fikir lah yang kita akan mati suatu hari nanti. Janganlah kita membunuh orang tanpa kebenaran yang Allah s.w.t telah tetapkan, hak mengambil nyawa itu hanya milik Tuhan yang Esa sahaja. Adakah kamu berlagak menjadi Tuhan ?

Lu fikirla sendiri.

Thursday, February 4, 2010

Bahana Ilmu Hitam.

Salam 2 all.

Walau pun kini Isu Liwat DSAI hangat di muka depan 'paper' aku malas nak ambil pot untuk ulaskan nya...Biasa la,yang pasti nya kebenaran itu pasti menjelma. Siapa benar atau salah,hanya Tuhan jer yang tahu...Ini kerna hukum alam macam-macam boleh berlaku...Sebagai contoh ialah artis tanah air kita sendiri. Dalam lakonan begitu 'muslimah', di luar lakonan 'macam setan'..maaf andai aku terlebih dalam berbahasa.

Topik yang akan di kupaskan ialah ' Bantuan Syaitan'...Kekadang tu aku pelik jugak dengan umat Melayu Islam di Malaysia ni,negera dah maju hinggakan tak terikut di buatnya,tapi pemikiran masih di belenggu dengan pemikiran 'kuno'. Mana tak kunonya,masih meminta bantuan syaitan dalam menjayakan sesuatu serta untuk memuaskan kehendak naluri mereka. Jika hajat dan kedengkian yang melampau,maka bantuan syaitan mereka akan gunakan.

Maka berjumpalah bomoh dan pawang-pawang yang 'bersahabat' dengan jin dan syaitan untuk meminta bantuan..Ilmu pengasih,guna-guna, pelaris dan sebagainya akan di pinta dalam menjayakan niat 'jahat' mereka itu'. Inilah antara masalah pemikiran kuno yang masih ada dalam mind set orang melayu Islam.

Antara yang di buat ialah dengan mengenakan 'power rangers' kepada seseorang bagi menarik perhatian dia. Sebagai contoh ialah dalam instusi kekeluargaan, di mana si anak itu melihat akan 'kemaraan' seseorang saudara kandungnya,maka kedudukan nya terasa sedikit tergugat,maka bantuan syaitan harus di gunakan bagi memastikan si ayah tadi lebihkan perhatian kepadanya...maka si ayah tadi mungkin ke tahap menyampah bila melihat anaknya yang lain, si ayah tadi hanya sejuk sahaja bila anaknya yang menggunakan 'power rangers' tu..Inilah hakikat yang berlaku sekarang..Maka si anak yang 'menyampah' itu akan sering di pandang buruk oleh ayahnya...Kesiankan.

Selain itu juga di antara kengkawan. Sebagai contohnya dalam 'kedudukan' seseorang dalam jawatan. Jika seorang itu telah melebihi 'kreadibilitinya' maka perasaan tidak puas hati mula menjelma. Untuk di 'tinas' rakan nya tu tak kemampuan,maka bantuan syaitan harus di gunakan. Maka 'tempiasan' buah 'power rangers' la di hantar...Inilah hakikat sebenar dunia dalam menunggu 'mata terpejam' buat selamanya.

Kesan terhadap mangsa 'power rangers' ni bukan lah sikit sebenarnya...memang mangsa itu sihat,tetapi hati dan jiwanya menjadi lemah...Malas bekerja,tidak mahu bermasyarakat,pemarah tak tentu pasal,meluat melihat orang dan bermacam-macam lagi negative situation akan terjadi padanya..sedangkan sebelum ini dia seorang yang di senangi,tetapi setelah terkena asakan 'power rangers' dia telah berubah menjadi sebaliknya...Inilah antara bahana 'kecik' akibat terkena 'power rangers' berbanding kesan yang lebih besar hinggakan membawa maut.

Antara kerja-kerja 'pengikut' syaitan ini ialah baik di depan dan 'celaka' di belakang. Bak kata orang tua-tua di depan mata,pijak semut pun tak mati...inilah rupa-rupa serta wajah manusia yang bersabat dengan syaitan.

Mereka ni langsung tak fikirkan sifat belas kasihan langsung ke atas mangsa mereka,yang mereka tahu hanya 'hati mau puas' tanpa memikirkan dosa dan pahala yang bakal di 'kurniakan' kepada mereka kelak.

Bagi mangsa yang terkena 'power rangers' ini kuatlah semangat dan bebanyak la sujud kepada Tuhan walaupun ia agak berat di lakukan...inilah hakikatnya...berjumpalah dengan golongan alim ulama dan dapatkan bantuan serta nasihat dan lebih penting lagi dapatkan doa mereka agar 'bahana' yang terkena kepada itu terlepas bagi kita- senjata orang mukmin itu ialah doa kan...Memanglah badan nampak sihat,tapi di dalam badan kita telah 'di remotekan' oleh syaitan bagi 'menjahanamkan' kita.

Memang adil pun Tuhan kita iaitu Allah s.w.t yang mana ia mengatakan bahawa 2 dosa yang tidak di ampunkan: 1-Murtad dan 2- Syirik.

Menggunakan bantuan syaitan itu Syirik hukumnya walaupun untuk kebaikan seperti 'menggunakan' ke atas perempuan untuk buat bini..Hukumnya tetap syirik.

Buat golongan-golongan yang menggunkan ilmu syaitan ini bertaubatlah dan pohon lah keampunan kepada mangsa sebelum mata kita 'di pejamkan' kan. Ingatlah rahmat Tuhan itu adalah segalanya. Buat mangsa-mangsa bersabarlah...Inilah ujian buat kita,Kita di uji kerna kita sebenarnya di sayangiNYA. Mungkin kerna sayangNYA dia kepada kita,dia mahu mengampun dosa-dosa kita yang lalu.

Ingatlah" Hanya dialah (ALLAH) Tuhan yang kita sembah dan minta pertolongan".


Wassalam.


Tuesday, February 2, 2010

Kartika Sari Dewi Shukarno

Sebut je nama Kartika Sari Dewi Shukarno ramai yang pasti mengenalinya. Mana tidaknya seorang ibu dan juga isteri yang berani di dalam 'taubatnya'

Kisahnya ialah 'peminum arak' yang telah kembali bertaubat dan mahukan hukuman 'sebatan' dijalankan ke atasnya. Syabas dan tahniah di atas keberanian saudari dalam melakukan anjakan paradigma ke atas hukum syariah di bawah bidang kuasa di negeri Pahang. Tak keterlaluan andalah kini model 'muslimah' kepada remaja melayu Islam yang lain.

Setakat ini andalah insan yang mulia yang mahukan 'menebus' dosa anda secara lain dari yang lain. Kalau telah 'tertakdir' hukuman sebatan itu,anda jugalah bakal menjadi 'perintis' kepada perlaksanaan Hukum Allah. Dalam Islam sendiri Hukum meminum arak ada Hukumannya yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t...ia juga termasuk dalam hukum hudud.

Tapi malangnya,insan yang bernama Kartika Sari Dewi Shukarno telah di perkotak-katik kan oleh undang-undang itu sendiri. Sampai hari ini beliau masih 'gagal' menerima hukuman yang telah di kenakan serta di persetujui sendiri olehnya. Bermacam alasan dan 'taician' di buat hinggakan beliau kini menjadi serba salah di buatnya.

Inilah penguasa Islam di Malaysia,undang-undang di peruntukan,tetapi perlaksanaannya 'hempeh'..kesannya masyarakat bukan Islam akan 'sedikit pening la' dengan undang-undang syariah di Malaysia. Inilah hakikat sebenarnya yang di hadapi.

Berharap agar pihak yang berwajib,laksanakanlah secepat mungkin bagi insan yang bertaubat itu..Beliau benar ikhlas akan menyesali kesalahannya. Di harapkan dengan perlaksaan hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno menjadi teladan dan 'ikutan' ke atas negeri lain bagi menghukum peminum 'air kencing setan' itu..Umum masyarakat Islam itu tahu akan bahana meminum 'air kencing setan' itu kerna di bangku sekolah lagi ia telah di ajar dengan istilah 'ibu segala maksiat'

Berharap NGO-NGO yang rancak dalam memepertahankan isu kalimah ALLAH turut sama membangkitkan isu ini.

Tuhan menciptakan manusia,DIA tahu macam mana nak mengajar manusia...Inilah ketetapan yang di berikan kepada kita. Walaupun jumlah sebatan yang bakal di kenakan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak sama apa yang di perintahkan oleh NYA,setidaknya ia merupakan permulaan ke arah perlaksanaan Hukum Allah yang telah di syariatkan kepada kita umat Islam. Kenapa la nak di takutkan kepada Hukum Allah jika kita bukan melakukannya..

Di haraplah Najib, PM Malaysia memastikan Hukum Allah ini di laksanakan di Malaysia,bersamalah kita mendoakannya.

Wassalam.