Pages

Wednesday, September 29, 2010

Semakin Melampau...

Salam 2 all

Tadi aku 'tertengok' akan siaran milik kerajaan Malaysia iaitu TV3. Tersentuh dan menyentap hati aku bila mendapati 'Golongan Warga Emas' di Pulau Pinang di jahilkan oleh UMNO. Kesian aku kat pakcik-pakcik yang 'di jahilkan' sedemikian rupa oleh orang Melayu Islam yang jahil hukum agamanya,tetapi berlagak 'Alim' dalam hal agama.

Sakit hati aku di buat oleh mereka yang jahil bab agama tapi 'melacurkan' akan kesucian Islam itu. Sedih..sedih..sedih.... Itu la manusia yang rakus akan kuasa sanggup mengharamkan benda yang halal demi kepentingan politik dan demi kuasa....

Terlupa ka mereka akan sumbangan Genting iaitu syarikat judi terbesar kepada 'cukai' kerajaan...Macam mana pulak tu...kalau mcm tu haram la duit kakitangan kerajaan selama ni... lagi satu,kalau macam tu pekerja Surat Khabar tempatan seperti utusan Malaysia,Berita Harian dan sebagainya haram la....kenapa haram!..sebab syarikat judi ada mengiklankan 'nombor ramalan'...pastinya syarikat judi itu membayar untuk mengiklankan nombor ramalan tersebut...Pastinya duit yang didapati dalam syarikat tersebut HARAMKANNNNN...

Sedih aku lihat gelagat golongan yang kemaruk kuasa dalam bab ini...Yang Halal di haramkan...Walau bagaimana pun aku percaya kan akan pengetahuan Rakyat Malaysia...Mudah-mudahan mereka tahu siapa sebenarnya yang jahil dalam bab agama...Kekadang tu syukur sangat pada Tuhan kerna telah tunjukkan jalan kebenaran...

Nescaya suatu hari nanti UMNO akan di hina oleh masyarakat melayu yang mana selama ini mereka di tipu hidup-hidup oleh UMNO..Kesian kepada orang-orang lama kerna dengan mentah-mentah mereka di tipu..

" Perancangan Manusia tidak Sama dengan Perancangan Tuhan"

Wassalam...

Sunday, September 26, 2010

Politik Malaysia Semakin Menggila.

Salam 2 all.

Kini iklim politik kat Malaysia semakin menggila. Mana tak nya,semakin hari semakin 'keruh' di buatnya. Hinggakan hal peribadi di ungkit bagi menampakkan akan 'kejahatan' pihak lawan...Itu la politik yang melanda Malaysia sekarang ni.

Bila berbicara di kedai kopi besama 'kengkawan' mereka semua berasa akan sedikit 'kekotoran' yang jelas di lihat. Terbaru ialah mengenai isu 'Duit Warga Emas' berunsurkan judi...ish ish ish...sampai ketahapi itu isu 'di spin' kan...Cari la modal lain sikit...Tak ke 'bengong' namanya..Bukahkah kerajaan Malaysia juga ada mengambil cukai dari 'Genting'...macam mana plak tu...Itu la isu utama 'meje kopi' kami semalam...

Bagi pihak yang 'tak berparti' mereka juga rasa terkilan akan isu ini..bagi mereka mudah sahaja,adakah mereka tidak menyedari bahawa selama ini Geting juga 'memberi duit poket' tabung kerajaan. Golongan yang 'tak berpati' sebenarnya dah dapat mula rasakan bahawa golongan ' yang membuat tuduhan' seperti hilang arah...kerna isu yang tak sepatutnya di mainkan,di jadikan modal politik...Kekadang tu kesian juga kepada golongan yang memainkan isu ini kerna takut seperti isu yang di mainkan oleh KMA berulang kepada mereka.

KMA adalah persatuan yang mengutip duit para peniaga di KOMTAR,bila jadi isu ini tak la persatuan ini 'teruk' kerna mereka hanya melibatkan peniaga di KOMTAR sahaja,tetapi kalau UMNO plak,aku takut suatu hari nanti UMNO akan kehilangan kepercayaan melayu kelak.

Kekadang tu terfikir jugak,kalau nak 'menembak' biar la tepat kesasaran,takut nanti kalau tak tepat kesasaran nanti kita plak akan di serang...mana tahu nanti serangan yang dilakukan lebih dasyat...Fikirkan semua itu.

Sepatutnya 'orang politik' haruslah 'liberal' dalam berpolitik..jangan sempitkan politik itu hingga menampakkan akan 'kejahilan' kita kelak. Sedarlah bahawa rakyat kini 'celik politik' bukan seperti dahulu...maklumat dapat di akses begitu cepat lagi hingga tak dapat di kawal lagi keadaanya...

Janganlah kita berpolitik hinggakan menampakkan akan kejahilan kita...

Wassalam.

Thursday, September 23, 2010

Warga Emas: Hasil Duit Judi ?

Salam 2 all.

Terkilan akan tuduhan melulu tanpa bukti 'konkrit'...Inilah yang pening di buat rakyat Pulau Pinang amnya...

Pening seluruh seentero penduduk Pulau Pinang dengan 'hujah' baru dari pihak UMNO yang mengatakan bahawa wang penghargaan kepada warga emas adalah hasil dari duit 'haram'...Kekadang tu aku pelik dengan tuduhan liar yang tak masuk akal yang di buat dari pihak UMNO. Sedangkan Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang 'mengharamkan' judi bola,tetapi di tuduh pula menggunakan duit haram kepada warga emas...

Kekedang tu aku terasa mengapa 'bangap' sangat la UMNO Pulau Pinang ini dengan 'peluru serangan' yang di gunakan. Cari la modal lain...kan dalam politik 'hentam-menghentam' itu perkara biasa,tapi bagi la 'profesional' sikit dalam 'berperang' politik..jangan la guna modal atau peluru 'cap ayam' dalam membuat serangan...tak ke bodoh namanya...

Aku juga kekadang tu 'sedih' juga dengan kelakuan UMNO dalam membuat kenyataan...bermula dari isu 'mendoakan' kesejahteraan kepada bukan Islam.seterusnya isu 'tazkirah' bukan Islam di dalam masjid,kini pasai wang haram plak di mainkan...kesian aku kat orang lama UMNO yang 'di mainkan'...Orang lama UMNO nescaya kecewa akan suara muda UMNO kini kerna menampakkan akan 'kejahilan' mereka dalam agama dan berpolitik. Kini orang lama UMNO dah mula sedar akan 'kesasatan' perjalanan UMNO kini.

Pernah aku 'bersembang' dengan penyokong kuat UMNO lama,mereka sendiri meluahkan kekecewaan mereka terhadap golongan muda mereka..Kata mereka" awat jahil sangat depa la ni"...aku hanya diam dan melihat akan keluhan yang mereka luahkan..mereka sendiri sebenarnya dah mula menampakan akan 'kejahilan' pemimpin muda mereka sekarang...

Bagi aku mudah sahaja,Tuhan telah tunjukkan akan kebenaran...itu sahaja...

Kekadang tu aku rasa Ketua Menteri Pulau Pinang tu lebih banyak mengetahui akan 'hal' Islam itu dari mereka. Teringat aku akan kata-kata LGE (Lim Guan Eng),mereka sebenarnya dah geram kat aku sebab 'sekat' mereka (Lesen Judi Bola Sepak)...Sepatutnya UMNO yang dahulu memulakan kempem anti Judi mereka dari LGE,tapi sebaliknya berlaku...Inilah yang dikatakan Kuasa Tuhan kan...Tuhan MahaKaya.Maha Mengetahui,Maha Adil,Maha Perancang....dengan mudah sahaja UMNO sendiri menunjukkan akan kejahilan mereka dalam Islam..Kini rakyat dah mula membuka mata dan dah mula bersuara...Allhuakbar....

Sebagai saudara 'se ugama' dengan UMNO akau menasihatkan mereka agar 'mendalami' ilmu Islam sebelum membuat 'hukum' kerna takut menampakkan akan kejahilan mereka sendiri..Sedihb jugak nanti ia sebenarnya 'memburukkan' kesucian Islam itu dari pandangan bukan Islam dek kerna 'kekurangan ilmu agama' dari UMNO sendiri...

Aku juga menyeru Menteri Yang berkaitan dengan Agama Islam mentarbiah mereka dengan sebaiknya...Takut nanti Islam itu berdasarkan Kerajaan dan Pemerintah,bukan nya dari sumber yang Allah s.w.t berikan kepada kita iaitu Al-Quran dan Sunnah,jika kita menurut sumber ini (al-Quran dan Sunnah) nescaya kita memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat...

Mudah-mudaham pihak UMNO tidak menempakkan akan kejahilan mereka dalam 'menghukum'...

Wassalam...Buat Mufti-mufti berilah teguran dan ajaran kepada pemimpim UMNO supaya Islam itu 'cantik' di hati bukan Islam..Kita semua akan 'MATI'..seterusnya mengadap Ilahi...
Sejahat kita,jangan lah kita 'menghukum' dengan ' kejahilan' kita...

Wednesday, September 22, 2010

Pemilihan Pusat Bermula

Salam 2 all

Kehangatan pemilihan PKR bagi pusat kini terasa akan panas bahangnya. Biasala bagi sebuah parti politik di Malaysia.

Ketika ini semua media sibuk 'mengkompangkan' akan laungan lagi bagi merancakkan 'pemilihan' Setiap cabang ada yang sudah selesai terutamanya di Pulau Pinang. Paluan kompang semakin kuat dan berbagai lagu telah di mainkan. Semua media massa samaada pro atau pembangkang kian rancak memalunya....

Biasala...bagi pihak yang sedang melaluinya,masing-masing mahu buktikan kuat lemah akan 'kepimpinannya' bagi pihak yang anti plak semakin cuba mengambil peluang akan kesempatan yang ada. bagi aku tak hairanla bila mana pihak UMNO khususnya kian mencari peluang terbaik untuk 'memburukkan' serta ingin menjahanamkan PKR. Umum mengetahui bahawa PKR adalah sebuah parti politik baru jika di bandingkan dengan parti yang lain, semakin gagah...Inilah yang merisaukan UMNO dan sekutunya bila mana PKR semakin 'maju' kehadapan berbanding dengan UMNO.

Tak hairanlah jika PKR kini semakin mendapat tempat di hati rakyat terutamanya golongan muda mudi terutamanya dari golongan 'terpelajar'. Biarpun dalam PKR di ulit dengan pelbagai 'masalah dalaman' tetapi asas serta tunjangnya semakin kuat. Antaranya ialah 'lompatan' yang dilakukan oleh ahli-ahlinya yang bergelar 'YB'..Ia sebenarnya tidak sedikit pun melemahkan 'pendukung' serta ahli PKR.

Ini kerna PKR sebuah parti yang 'terbuka' kerna mereka semuanya 'terbuka' akan fikiran. Jawapan nya mudah...yang melompat itu sebenarnya 'sampah' yang harus di keluarkan dahulu. Buktinya mudah sahaja,Ahli Parlimen yang melompat 'sepi' setelah melompat...tiada satu pun yang mampu memeberi 'hujah' bernas akan 'lompatan' yang dilakukan. Maka rakyat serta pengundi melihat sendiri akan 'kelemahan' para 'pelompat'. Maka pengundi serta rakyat kini lebih yakin akan kepimpinan PKR yang ada sekarang...Jawapan mudah rakyat " Mereka yang Melompat itu 'bekepentingan' peribadi...Jawapan yang mudah kan...Malah ada yang bersyukur dengan 'pelompat' bila mana mereka telah 'melompat'.

Kini yang menarik perhatian aku ialah 'media' serta 'blogger' UMNO cuba mengambil kesempatan akan 'PEMILIHAN' yang PKR sedang jalankan. Mereka sedaya upaya 'penat' 'jerih' untuk memastikan PKR 'busuk'....tapi mereka sebenarnya telah 'menelanjang' kan diri mereka sendiri...'Tembakan' mereka kini menghala kearah 'post' Timbalan Presiden. Mereka iaitu 'puak' UMNO cuba 'menspinkan' isu ini agar menampakan 'kebusukan' PKR...Mereka sebanarnya 'terperangkap' dengan tindakan mereka sendiri...Mereka sebenarnya terlupa 'mencerminkan' akan kedudukan mereka sebenarnya..Contohnya ialah Ketua Pemuda mereka sendiri...Kini mereka seolah terlupa bahawa mereka sendiri pun sudah 'menembak' "SI KITOL..sedangkan Si Kitol itu adalah ketua 'Sayap Kanan' mereka sendiri.

Tindakan mereka sebenarnya seperti 'Gajah depan Mata tak nampak,tapi kuman seberang laut di lihat'..inilah perumpamaan yang sesuai untuk mereka...Sedar lah wahai saudara 'seAgamaku'...Rakyat kini bukan lah bodoh seperti dahulu,yang kurang bijak adalah kalian sebenarnya...

Sebagai kesimpulan,mudah sahaja...kini rakyat dah mula mempercayai akan 'ketelusan' PKR bilamana ahli PKR sendiri menentukan akan Kepimpinan mereka. PKR kini mengamalkan satu ahli satu undi...BN hanya pandai berkata dan tak tahu melaksanan,tetapi PKR telah 'membuktikan'...Cabar mencabar serta 'bertanding' itu perkara biasa...Dalam UMNO pun biasa jugak kan...

Akhir kata UMNO harus mencermin akan dahulu diri mereka sebelum menyerang...Takut suatu hari nanti UMNO hanya tinggal sejarah seperi Parti-Parti terdahulu seperti yang sedia maklum...

"Syabas PKR kerna berani membuat Perubahan"


Wassalam...


Monday, September 20, 2010

Dalam Suka Itu ada Dukanya...

Salam 2 all.

Ini lah tajuk yang 'memainkan' di otak ku selepas selesai pemilihan kemarin. Ia secara tidak langsung bemain dan terus bermain di otak aku sampai kesaat ini. Aku cuba berfikir dan mencari akan 'kesudahan' dan ketentuan Ilahi...

Kemarin (yesterday) Cabang aku telah 'menunaikan' amanat yang di berikan oleh pucuk pimpinan mengadakan pemilihan bagi sesi 2010-2013. Maka kami tunaikan amanat yang di berikan itu sebaik mungkin. Kerjasama sebaik nya aku rasakan sebaik nya telah aku bagi dalam menjayakan amanat yang di berikan. Maka ia pun berjalan dengan aman serta lancar seperti yang di kehendaki.

Setelah selesai pemilihan maka 'kejutan' telah berlaku dalam keputusan yang di umumkan. Agak mengejutkan bila mana 'team baru' telah menumpaskan 'team lama' hanya majaroti sedikit yang membezakan kedua-dua team. Inilah hakikat yang harus di terima oleh kedua belah pihak. Yang menang passti gembira,manakala yang tewas pasti terasa duka. Inilah fitrah yang 'wajib' ada pada setiap insan bila 'bertanding'

Aku sebenarnya tidak kisah apa keputusan yang berlaku,tetapi sedikit kekecewaan bila mana terdapat sedikit 'kerja talam dua muka di dalam kumpulan'...Walau bagaimana pun adat pertandingan,biasla la kan...itulah juga fitrah manusia.

...Persetankan semua itu...itulah pendirian aku setelah semua keputusan telah di umumkan...yang penting ketika ini ialah kerja harus di teruskan. Aku sebenarnya sedikit selesa bilamana kami semua menang tanpa bertanding...bagi 'kumpulan' sayap...kami akan teruskan kerja kami sebaik mungkin,bak kata pepatah perjuangan harus di teruskan...

Sebenarnya 'mempertahankan' adalah lebih sukar untuk menangkan...itulah falsafah yang sesuai di gunakan dalam menuetralkan keadaan.

Oleh itu di harap semua ahli,teruskan perjuangan dan jangan ada kepentingan diri dalam perjuangan. Ingatlah,kita hari memerintah negeri,bukan perkara main-main...rakyat kini sedang memerhatikan kita dan musuh juga menantikan akan kesilapan kita...yang lebih penting lagi
'Jangan ada sengketa sesama kita'..buang yang keruh ambil yang jerih...jatuh menjatuh,serta duri dalam daging harus di nyahkan kerna golongan inilah yang akan merosakkan parti kelak.

Tuhan sudah berikan peluang kepada kita,maka kita gunakan peluang ini sebaik mungkin,jangan sampai bila peluang ini di tarik balik,baru nak menyesal..jangan hampakan 'amanah' yang rakyat berikan kepada kita semua.

Akhir kata" Buang yang keruh,ambil yang jernih" barula kita semua nampak sedalamnya di dalamnya yang sebelum ini keruh...'Bersatu kita roboh,berpisah kita roboh"

"Pahit itu akan manis akhirnya"

Wassalam....