Pages

Thursday, September 23, 2010

Warga Emas: Hasil Duit Judi ?

Salam 2 all.

Terkilan akan tuduhan melulu tanpa bukti 'konkrit'...Inilah yang pening di buat rakyat Pulau Pinang amnya...

Pening seluruh seentero penduduk Pulau Pinang dengan 'hujah' baru dari pihak UMNO yang mengatakan bahawa wang penghargaan kepada warga emas adalah hasil dari duit 'haram'...Kekadang tu aku pelik dengan tuduhan liar yang tak masuk akal yang di buat dari pihak UMNO. Sedangkan Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang 'mengharamkan' judi bola,tetapi di tuduh pula menggunakan duit haram kepada warga emas...

Kekedang tu aku terasa mengapa 'bangap' sangat la UMNO Pulau Pinang ini dengan 'peluru serangan' yang di gunakan. Cari la modal lain...kan dalam politik 'hentam-menghentam' itu perkara biasa,tapi bagi la 'profesional' sikit dalam 'berperang' politik..jangan la guna modal atau peluru 'cap ayam' dalam membuat serangan...tak ke bodoh namanya...

Aku juga kekadang tu 'sedih' juga dengan kelakuan UMNO dalam membuat kenyataan...bermula dari isu 'mendoakan' kesejahteraan kepada bukan Islam.seterusnya isu 'tazkirah' bukan Islam di dalam masjid,kini pasai wang haram plak di mainkan...kesian aku kat orang lama UMNO yang 'di mainkan'...Orang lama UMNO nescaya kecewa akan suara muda UMNO kini kerna menampakkan akan 'kejahilan' mereka dalam agama dan berpolitik. Kini orang lama UMNO dah mula sedar akan 'kesasatan' perjalanan UMNO kini.

Pernah aku 'bersembang' dengan penyokong kuat UMNO lama,mereka sendiri meluahkan kekecewaan mereka terhadap golongan muda mereka..Kata mereka" awat jahil sangat depa la ni"...aku hanya diam dan melihat akan keluhan yang mereka luahkan..mereka sendiri sebenarnya dah mula menampakan akan 'kejahilan' pemimpin muda mereka sekarang...

Bagi aku mudah sahaja,Tuhan telah tunjukkan akan kebenaran...itu sahaja...

Kekadang tu aku rasa Ketua Menteri Pulau Pinang tu lebih banyak mengetahui akan 'hal' Islam itu dari mereka. Teringat aku akan kata-kata LGE (Lim Guan Eng),mereka sebenarnya dah geram kat aku sebab 'sekat' mereka (Lesen Judi Bola Sepak)...Sepatutnya UMNO yang dahulu memulakan kempem anti Judi mereka dari LGE,tapi sebaliknya berlaku...Inilah yang dikatakan Kuasa Tuhan kan...Tuhan MahaKaya.Maha Mengetahui,Maha Adil,Maha Perancang....dengan mudah sahaja UMNO sendiri menunjukkan akan kejahilan mereka dalam Islam..Kini rakyat dah mula membuka mata dan dah mula bersuara...Allhuakbar....

Sebagai saudara 'se ugama' dengan UMNO akau menasihatkan mereka agar 'mendalami' ilmu Islam sebelum membuat 'hukum' kerna takut menampakkan akan kejahilan mereka sendiri..Sedihb jugak nanti ia sebenarnya 'memburukkan' kesucian Islam itu dari pandangan bukan Islam dek kerna 'kekurangan ilmu agama' dari UMNO sendiri...

Aku juga menyeru Menteri Yang berkaitan dengan Agama Islam mentarbiah mereka dengan sebaiknya...Takut nanti Islam itu berdasarkan Kerajaan dan Pemerintah,bukan nya dari sumber yang Allah s.w.t berikan kepada kita iaitu Al-Quran dan Sunnah,jika kita menurut sumber ini (al-Quran dan Sunnah) nescaya kita memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat...

Mudah-mudaham pihak UMNO tidak menempakkan akan kejahilan mereka dalam 'menghukum'...

Wassalam...Buat Mufti-mufti berilah teguran dan ajaran kepada pemimpim UMNO supaya Islam itu 'cantik' di hati bukan Islam..Kita semua akan 'MATI'..seterusnya mengadap Ilahi...
Sejahat kita,jangan lah kita 'menghukum' dengan ' kejahilan' kita...

0 comments:

Post a Comment