Kehangatan pemilihan PKR bagi pusat kini terasa akan panas bahangnya. Biasala bagi sebuah parti politik di Malaysia.
Ketika ini semua media sibuk 'mengkompangkan' akan laungan lagi bagi merancakkan 'pemilihan' Setiap cabang ada yang sudah selesai terutamanya di Pulau Pinang. Paluan kompang semakin kuat dan berbagai lagu telah di mainkan. Semua media massa samaada pro atau pembangkang kian rancak memalunya....
Biasala...bagi pihak yang sedang melaluinya,masing-masing mahu buktikan kuat lemah akan 'kepimpinannya' bagi pihak yang anti plak semakin cuba mengambil peluang akan kesempatan yang ada. bagi aku tak hairanla bila mana pihak UMNO khususnya kian mencari peluang terbaik untuk 'memburukkan' serta ingin menjahanamkan PKR. Umum mengetahui bahawa PKR adalah sebuah parti politik baru jika di bandingkan dengan parti yang lain, semakin gagah...Inilah yang merisaukan UMNO dan sekutunya bila mana PKR semakin 'maju' kehadapan berbanding dengan UMNO.
Tak hairanlah jika PKR kini semakin mendapat tempat di hati rakyat terutamanya golongan muda mudi terutamanya dari golongan 'terpelajar'. Biarpun dalam PKR di ulit dengan pelbagai 'masalah dalaman' tetapi asas serta tunjangnya semakin kuat. Antaranya ialah 'lompatan' yang dilakukan oleh ahli-ahlinya yang bergelar 'YB'..Ia sebenarnya tidak sedikit pun melemahkan 'pendukung' serta ahli PKR.
Ini kerna PKR sebuah parti yang 'terbuka' kerna mereka semuanya 'terbuka' akan fikiran. Jawapan nya mudah...yang melompat itu sebenarnya 'sampah' yang harus di keluarkan dahulu. Buktinya mudah sahaja,Ahli Parlimen yang melompat 'sepi' setelah melompat...tiada satu pun yang mampu memeberi 'hujah' bernas akan 'lompatan' yang dilakukan. Maka rakyat serta pengundi melihat sendiri akan 'kelemahan' para 'pelompat'. Maka pengundi serta rakyat kini lebih yakin akan kepimpinan PKR yang ada sekarang...Jawapan mudah rakyat " Mereka yang Melompat itu 'bekepentingan' peribadi...Jawapan yang mudah kan...Malah ada yang bersyukur dengan 'pelompat' bila mana mereka telah 'melompat'.
Kini yang menarik perhatian aku ialah 'media' serta 'blogger' UMNO cuba mengambil kesempatan akan 'PEMILIHAN' yang PKR sedang jalankan. Mereka sedaya upaya 'penat' 'jerih' untuk memastikan PKR 'busuk'....tapi mereka sebenarnya telah 'menelanjang' kan diri mereka sendiri...'Tembakan' mereka kini menghala kearah 'post' Timbalan Presiden. Mereka iaitu 'puak' UMNO cuba 'menspinkan' isu ini agar menampakan 'kebusukan' PKR...Mereka sebanarnya 'terperangkap' dengan tindakan mereka sendiri...Mereka sebenarnya terlupa 'mencerminkan' akan kedudukan mereka sebenarnya..Contohnya ialah Ketua Pemuda mereka sendiri...Kini mereka seolah terlupa bahawa mereka sendiri pun sudah 'menembak' "SI KITOL..sedangkan Si Kitol itu adalah ketua 'Sayap Kanan' mereka sendiri.
Tindakan mereka sebenarnya seperti 'Gajah depan Mata tak nampak,tapi kuman seberang laut di lihat'..inilah perumpamaan yang sesuai untuk mereka...Sedar lah wahai saudara 'seAgamaku'...Rakyat kini bukan lah bodoh seperti dahulu,yang kurang bijak adalah kalian sebenarnya...
Sebagai kesimpulan,mudah sahaja...kini rakyat dah mula mempercayai akan 'ketelusan' PKR bilamana ahli PKR sendiri menentukan akan Kepimpinan mereka. PKR kini mengamalkan satu ahli satu undi...BN hanya pandai berkata dan tak tahu melaksanan,tetapi PKR telah 'membuktikan'...Cabar mencabar serta 'bertanding' itu perkara biasa...Dalam UMNO pun biasa jugak kan...
Akhir kata UMNO harus mencermin akan dahulu diri mereka sebelum menyerang...Takut suatu hari nanti UMNO hanya tinggal sejarah seperi Parti-Parti terdahulu seperti yang sedia maklum...
"Syabas PKR kerna berani membuat Perubahan"
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment