Salam 2 all.
Ini lah tajuk yang 'memainkan' di otak ku selepas selesai pemilihan kemarin. Ia secara tidak langsung bemain dan terus bermain di otak aku sampai kesaat ini. Aku cuba berfikir dan mencari akan 'kesudahan' dan ketentuan Ilahi...
Kemarin (yesterday) Cabang aku telah 'menunaikan' amanat yang di berikan oleh pucuk pimpinan mengadakan pemilihan bagi sesi 2010-2013. Maka kami tunaikan amanat yang di berikan itu sebaik mungkin. Kerjasama sebaik nya aku rasakan sebaik nya telah aku bagi dalam menjayakan amanat yang di berikan. Maka ia pun berjalan dengan aman serta lancar seperti yang di kehendaki.
Setelah selesai pemilihan maka 'kejutan' telah berlaku dalam keputusan yang di umumkan. Agak mengejutkan bila mana 'team baru' telah menumpaskan 'team lama' hanya majaroti sedikit yang membezakan kedua-dua team. Inilah hakikat yang harus di terima oleh kedua belah pihak. Yang menang passti gembira,manakala yang tewas pasti terasa duka. Inilah fitrah yang 'wajib' ada pada setiap insan bila 'bertanding'
Aku sebenarnya tidak kisah apa keputusan yang berlaku,tetapi sedikit kekecewaan bila mana terdapat sedikit 'kerja talam dua muka di dalam kumpulan'...Walau bagaimana pun adat pertandingan,biasla la kan...itulah juga fitrah manusia.
...Persetankan semua itu...itulah pendirian aku setelah semua keputusan telah di umumkan...yang penting ketika ini ialah kerja harus di teruskan. Aku sebenarnya sedikit selesa bilamana kami semua menang tanpa bertanding...bagi 'kumpulan' sayap...kami akan teruskan kerja kami sebaik mungkin,bak kata pepatah perjuangan harus di teruskan...
Sebenarnya 'mempertahankan' adalah lebih sukar untuk menangkan...itulah falsafah yang sesuai di gunakan dalam menuetralkan keadaan.
Oleh itu di harap semua ahli,teruskan perjuangan dan jangan ada kepentingan diri dalam perjuangan. Ingatlah,kita hari memerintah negeri,bukan perkara main-main...rakyat kini sedang memerhatikan kita dan musuh juga menantikan akan kesilapan kita...yang lebih penting lagi
'Jangan ada sengketa sesama kita'..buang yang keruh ambil yang jerih...jatuh menjatuh,serta duri dalam daging harus di nyahkan kerna golongan inilah yang akan merosakkan parti kelak.
Tuhan sudah berikan peluang kepada kita,maka kita gunakan peluang ini sebaik mungkin,jangan sampai bila peluang ini di tarik balik,baru nak menyesal..jangan hampakan 'amanah' yang rakyat berikan kepada kita semua.
Akhir kata" Buang yang keruh,ambil yang jernih" barula kita semua nampak sedalamnya di dalamnya yang sebelum ini keruh...'Bersatu kita roboh,berpisah kita roboh"
"Pahit itu akan manis akhirnya"
Wassalam....
0 comments:
Post a Comment