Salam 2 all.
Saban hari media arus perdana 'memkompangkan' isu pengganti MB Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA).
Bagi aku peminat politik tanah air amnya,isu ini merupakan satu isu yang 'mensensasikan' keadaan BN yang seakan 'menyambung' nyawa kerna kewibaan BN ketika ini agak tenggelam.
Sebenarnya isu ini 'kecik punya hal' yang sengaja di besarkan bagi 'menjelmakan' kepada penduduk Malaysia bahawa PAS seakan goyah. Dalam POLITIK ia boleh di umpamakan seperti permainan CHEST. Setiap pihak masing-masing 'check mate' lawan. Jika kita kena 'check mate' maka pihak lawan harus lah memastikan 'KING' selamat. Sama la seperti politik tanah air kita hari ini. Masing-masing memasang perangkap agar 'KING' lawan tak dapat di selamatkan.
Berbalik kepada isu TGNA. Kenapalah pihak lawan amnya BN sangat naif dalam hal ini. Sedarlah sikit bahawa sekarang ni dunia tanpa sembapadan...Maklumat terkini dan tepat dalam isu ini cepat di perolehi,jika kebenaran telah di temui,maka semakin 'di bencilah' BN di hati rakyat.
Cuma beberapa kerat jer terutamanya golongan yang mengundi saluran 1 sahaja yang sedikit termakan dengan dakyah-dakyah naif ini.
Kekadang tu ada juga di antara golongan-golongan elit yang malas nak ambil tahu hal politik kerna mereka akan sedar bahawa ia satu 'permainan' chest sahaja bagi mereka,tetapi secara tidak langsung mereka sedar akan 'kenaifan' sesuatu pihak yang selama ini merasa diri mereka hebat. Isu perkauman usahla di mainkan kerna semakin di mainkan semakain 'melugai' rakyat melihatnya. Ada juga di antara teman-teman dari golongan bijak pandai 'melugai' akan politik tanah air. Bagi mereka mudah jer,siapa yang memerintah sama sahaja. Cuma sedikit 'penambahbaikan' akan dilakukan. Untuk melakukan perubahan yang drastik ia agak sukar di lakukan.
Golongan-golongan 'elit' inilah akan memberi undi mereka kepada golongan PR kerana mereka tahu akan kelemahan pentadbiran yang sedia ada. Ini kerana setelah 52 tahun BN memerintah Malaysia'coraknya' tetap sama cuma acuan sahaja yang baru.
Lihatlah bagaimana 'penangan' yang telah rakyat lakukan pada Pilihan Raya Umum yang lepas,satu rekod telah di ciptakan iaitu pemerintah (BN) kehilangan majaroti 2/3. Ditambah pula negeri maju iaitu Selangor dan Pulau Pinang kini berada di bawah pemerintahan PR.
Berbalik lagi kepada TGNA. Beliau merupakan contoh pemimpin di abad ini, kerana mana ada MB yang hidupnya begitu 'zuhud' seperti yang di lakukan oleh Ulama ini. Nak buat tuduhan rasuah pun susah,cuma baru-baru ni sahaja kes yang agak 'bangang' sekali ditampilkan mengenai penajaan VVIP kepada Tuan Guru menunaikan Haji. Wajarlah TGNA tidak memaafkan golongan-golongan bangang ini kerana mereka ini sebenarnya teramat bangang. Punya pasaila hamba Allah itu nak taja TGNA. lagi pun dia bukannya 'merompak' wang rakyat...Menjawab lah golongan-golongan bangang ini di hadapan Allah S.W.T kelak.
Semakin hari semakin 'menlugailah' rakyat nak membaca media arus perdana. Ingatlah setiap perkara yang melibatkan TGNA akan memberi kesan besar kepada lawannya. Aku bukan taksub dan memuja TGNA. Tapi aku hormati serta mengagumi contoh dan teladan yang Beliau tunjukkan. Seorang MB yang jiwanya rakyat. bak kata pepatah, berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.
Beliau begitu 'cool' dalam menghadapi apa juan tohmahan dan fitnah-fitnah jahat yang di lontarkan kepada beliau...Inilah yang di katakan pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Di uji begitu hebat kerna kelak,kegemilangan yang hebat bakal beliau nikmati,jika tidak di dunia mungkin di akhirat kelak...
Buat musuh-musuh TGNA. Fikirlah dengan akal yang waras,hidup ini hanya sementara sahaja. Jika kita menghalang golongan yang 'membawa' kita kejalan Allah buruk akibatnya.
Sejahat dan sejahil kita,janganlah kita menghalang golongan yang membawa Islam dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah...Kita akan mati. Harta yang kita perolehi tak akan dapat membeli malaikat serta Tuhan kelak. Kita akan di adili di 'MAKHAMAH MASYAR' di mana tiada hakim dapat di beli dan di caturkan ketika itu...FIKIRLAH SENDIRI.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment