Kerusi Kota Siputeh masih dalam 'keteka tekian'.
Hanya menanti keputusan rayuan sahaja bagi memastikan kepastian. Maka terdengar pula akan kompangan bahawa Mukhriz anak kepan Tun Mahathir akan mengisi kekosongan jika 'kepastian' mengatakan ia kosong.
Bagi aku la (mencongak) kerusi iti akan kosong kerna 'kuasa speker' amat mutlak dalam hal ini,maka satu agenda perlu di buat oleh BN bagi memastikan PR sedkit leka dalam menghadapinya. Secar logiknya sekarang mereka telah berusaha gigih dalam memastikan bahawa kerusi DUN yang kosong itu terus menjadi milik mereka.
Jika terjadi,maka Mukhriz la calonnya,percayalah...
Kerana ia merupakan ahli Parlimen Jerlun,Anak kepada Tun Mahathir dan seterusnya dia berjaya menawan hati rakyat Jerlun pada pilihanraya yang lalu. Maka dialah calon yang sesuai untuk BN Kedah masa kini.
Buat 'pendukung' PR,bersedialah kerna 'horn' akan di bunyikan bila-bila masa sahaja. Mereka sebenarnya (BN) hanya melengahkan kita sahaja,mereka sebenarnya telah sudah mula 'merengkuh' untuk pilihanraya kecil kali ini.
Ingatlah bahawa Tun Mahathir sudah kembali dalam BN di mana ruang untuknya sebelum telah di tutup semasa pemerintahan 'sementara' Tun Abdullah,maka Najib membuka kembali untuknya. Mahathir itu luas pengalamannya,maka bermacam cara yang tak terfikir oleh kita akan di fikirkan olehnya.
Lihatlah 'sekembalinya' Mahathir dalam politik apa yang telah terjadi sama ada kita sedar atau tidak,lihatlah 'keruntuhan' PR di Perak,kekocakan PR di Selangor,gegaran PR di Kedah dan yang terbaru ialah sedikit huru hara di Kelantan.
Mungkin secara tak 'berlebihan' beliau mampu menawan kembali hati rakyat untuk memihak kepada BN.
Oleh demikian buat 'sedara' dalam PR,selesaikanlah masalah 'setempat' secara bijak sana...Belajarlah apa itu politik kerna perlu kita di akui bahawa kita ini baru setahun jagung,jika nak di bandingkan BN yang dah 50 tahun.
Jangan siakan amanah serta kepercayaan yang di berikan rakyat kepada kita. Rakyat bukan mahu 'kekayaan',tapi mahu masalah sebelum ini di selesaikan. Rakyat kini bukanlah bodoh seperti dahulu dan rakyat kini dah pandai 'berinternet'
Jangan kita sia-sia kan pegorbanan para reformis ketika dahulu kerana 'Kepentingan diri mengatasi apa yang di janji'...
0 comments:
Post a Comment