Pages

Friday, July 31, 2009

Semoga Tuhan membuka hati Dr Mohd Puad Zarkashi

Semoga Tuhan 'mencerahkan' hati saudara Dr Mohd Puad Zarkashi .

Sedih dan tersentak bilamana saudara kita iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi meminta golongan muda terutama dari PAS menentang Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)...Astafirullah halazim..

Kepada saudara Dr Mohd Puad Zarkashi harap cerminlah diri anda sebelum anda menentang seorang Ulama...Penulis bukanlah taksub atau mendewakan TGNA. Tetapi nilailah pemimpin itu dari kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan bukannya Islam yang mengikut kehendak 'kerajaan'...Jika semua golongan muda menentang seorang alim ulama siapa pula yang harus kami turuti. TGNA pernah menjadi imam semasa rakyat bersembahyang jemaah...Pernahkah pemimpin anda iaitu Najib menjadi imam ketika umat Islam bersolat...Setakat ini belum pernah rasanya Najib menjadi imam di masjid semasa umat Islam berjemaah...

Jika TGNA di tentang,adakah Najib ataupun saudara sendiri akan mengajar,memberi kuliah agama kepada kami?...Adakah saudara orang yang berkelayakan dalam memberi ilmu agama kepada kami?

Mahukah kamu melihat generasi muda terutamanya yang perempuan tak menutup aurat seperti Rosmah atau pun Nori.?

Harap saudara Dr Mohd Puad Zarkashi memikirkan semula apa yang saudara katakan itu. Jangan hanya untuk kepentingan parti saudara sanggup menyuruh pemuda menolak kepimpinan ulama.

Mungkinkah kita kini berada di 'akhir garisan',bila mana golongan munafik di angkat menjadi pemimpin...

Yang baik itu dari Allah,yang buruk itu dari penulis sendiri.

Akhir kata,lain kali tu cakap guna akai la sikit...

'Rupa-rupanya UMNO mahukan lahirnya pemimpin yang biadap pada Ulama'

Wednesday, July 29, 2009

Kemelut ISA

ISA ataupun Tahanan tanpa bicara kini menjadi 'panas' apabila GMI akan mengadakan 'himpunan' tanda protes terhadap ISA. Isu ini bukan kali pertama di luahkan oleh rakyat secara himpunan,malah dah berkali ia di lakukan.

Umum mengetahui bahawa ISA adalah satu akta yang membolehkan 'pemerintah' ataupun 'penguasa' menahan serta menghukum seseorang tanpa melakukan bicara. Alasannya ialah demi keselamatan negara.

Tapi sejak akhir-akhir ini ISA lebih cenderung kepada penahanan ahli politik ataupun aktivis yang membangkitkan isu-isu yang agak 'mengancam' pemerintah. Hukuman yang 'standard' akan di kenakan ialah 2 tahun. Itu pun jika 'pesalah' kembali patuh kepada arahan dan akur dengan kehendak pemerintah.

ISA ada baik juga di kekalkan jika ia di kenakan ke atas insan yang benar-benar menggugat keharmonian negara,agama dan kaum di Malaysia,tapi hari ini penahanannya lebih cenderung kepada ahli politik yang 'bias' kepada pemerintah hari ini.

Dalam menyelesaikan masalah ini eloklah kiranya kita bertanya kepada alim ulama di negera kita,yang lebih afdal lagi ialah pandangan para-para mufti yang berada di negara kita di setiap negeri. Nak lebih kukuhkan lagi,maka majlis fatwa haruslah mengeluarkan fatwa akan 'kedudukan' hukum ini dari sudut Islam...

Bukankah Islam itu membawa rahmat seluruh alam,Bukan kah Islam itu sesuai untuk semua,Bukankah Islam itu lengkap agamanya....Maka Penyelesaian harus di guna pakai dalam menjamin 'status' hukum ini...Malaysiakan negara Islam.

Maka majlis fatwa haruslah mengeluarkan fatwa tentang ISA...Baru lah aman negara kita. Maka terimalah dengan sebulat suara bila fatwa telah di keluarkan. Fatwa nanti biarlah berlandaskan Al-Quran dan bukannya telunjuk kerajaan.

Semoga kita semua beroleh rahmat dariNYA.

Tuesday, July 28, 2009

Kerjasama PAS dan UMNO

Salam sejahtera.

Selepas kegagalan pertama UMNO untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan (UG) dengan PAS kini timbul plak kerjasama PAS dan UMNO. Secara jujurnya penulis ingin katakan ia hanyalah serangan kedua untuk memecahkan PR yang kian mendapat tempat di hati rakyat.

Terbaru ialah apabila kemasukan dengan kemasukan Chua Jui Meng(MCA) dan S Subramaniam(MIC) ke dalam PKR.Maka gundah gulanalah saf BN terutamanya UMNO. Mahu tak mahu maka pendekatan ala Najib gunakan ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan PAS.

Di sini terbuktilah bahawa UMNO kini kian tersepit selepas Tsunami PRU12 lalu. Bagi menjamin 'political millage' mereka maka kerjasa dengan sebuah parti melayu perlu di wujudkan,maka PAS adalah sasaran mereka.

Hari ini media massa milik BN semakin hari semakin 'kompangkan' kerjasama dengan PAS. Hakikat sebenarnya bukanlah untuk penyatuan melayu ataupun Islam,tetapi ia lebih bersifat peribadi.

Tetapi kalau dah buta hati tu,buta hati jugak...mereka UMNO semakin hari semakin terdesak,jalan keluar dari 'kesesakan' itu perlu di cari,maka gabungan dengan PAS harus dilakukan...Tetapi sedarlah wahai saudara ku bahawa PAS bukanlah bodoh seperti yang di sangkakan.

Tuan Guru Nik Aziz itu bijak orangnya. Hanya satu ungkapan sahaja yang beliau berikan tetapi ia cukup mendalam buat UMNO...Ungkapa dari hamba yang soleh ini hanya mudah,iaitu Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila


Inilah kehebatan seoranga Ulama yang berjiwa murni dan ikhlas dalam perjuangannya. Satu ungkapan sahaja,sudah menjawab seribu persoalan.

Semoga ikatan PR terus berkekalan dalam menuju pemerintahan yang adil dan di berkati Tuhan.

Monday, July 27, 2009

Tun Salleh Abas: Sesuai Mengetui Suruhanjaya Di Raja

Kematian saudara Teoh Beng Hock amat mengejutkan masyarakat Malaysia. Kematian beliau di selubungi dengan pelbagai persoalan di fikiram masyarakat terutamanya keluarga terdekat mangsa.

Punca dan bagaimana beliau mati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagi mencari punca kematian yang agak misteri itu,maka wajarlah Suruhanjaya Diraja di tubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenarnya kematiannya bagi memuaskan hati semua pihak terutamanya keluarga mangsa. Yang lebih penting lagi ialah tunang beliau yang sedang mengandung anak mereka.

Maka besetujulah penulis dengan cadangan yang di berikan oleh pengerusi GERAK agar Tun Salleh Abas mengetuai suruhanjaya tersebut.Ini kerana kreadibiliti yang ada pada beliau tidak boleh di sangkal lagi oleh mana-mana pihak.

Biarlah ia berlaku adil tanpa prasangka bagi menjamin keharmonian dan nama baik institusi yang terlibat seperti SPRM yang agak tercalar sedikit namanya selepas kematian Teoh Beng Hock. Penulis tidak menuding jari ke arah SPRM, kerna di ketika dan saat ini hanya Tuhan sahaja yang tahu akan kebenarannya. Oleh itu bagi menjamin integriti SPRM eloklah ia di siasat oleh suruhanjaya yang bebas akan kreadibilitinya.

Bayangkan jika ini terjadi kepada kita,apakah perasaan kita ketika ini. Penulis juga ingin merakamkan takziah ke atas keluarga mangsa terutamanya tunang mangsa.

'Hak untuk mengambil nyawa adalah milik Tuhan,janganlah kita cuba menjadi Tuhan'

Salam Takziah.

Saturday, June 20, 2009

Misi UMNO Kian Merebak

Isu kerajaan Perpaduan masih belum reda nampaknya. Kini hanya menunggu kata putus dari saf kepimpinan tinggi yang akan bermesyuarat. Nampaknya isu ini agak besar juga la.

Kini UMNO nampaknya agak lega bila mana umpan mereka seakan mengena,tapi masih belum boleh di tarik lagi. Ini kerna umpan yang di gunakan adalah umpan palsu untuk memerangkap PR. UMNO masih belum boleh mengisyitiharkan mereka berjaya.

Alhamdulillah ...seakan tersedar dari taktik jahat UMNO,PAS sudah pun terjaga dan dapat menilai umpan yang di berikan itu. Pendek kata UMNO kini menggunakan strategi baru dalam menghancuskan keakraban PR. Sedarlah UMNO kini di akhir garisan. Hanya masa dan ketika sahaja untuk ia runtuh menyembah bumi.

Kini hanya satu cara yang UMNO ada untuk pastikan 'polical milage' mereka iaitu bergabung dengan PAS. Cara ini sahaja yang tinggal kerna UMNO semakin hari semakin di jauhi oleh rakyat amnya melayu sendiri. Untuk pastikan jangka hayat mereka masih panjang lagi,maka sokongan dari PAS amat di perlukan ketika ini. Maka strategi baru perlu di lancarkan bagi memastikan PR tumbang.

Pada pengiraan mudah mereka,kesempatan yang ada kini perlu di gunakan kerna secara jujurnya PR kini ada sedikit kegoncangan terutamannya di Pulau Pinang,maka kesempatan yang ada ini perlu di gunakan sebaik mungkin.Maka keadaan yang sedikit tegang ini pun mula berlaku. Tetapi dengan hidayah yang Allah berikan kepada kepimpinan utama PAS kini masalah ini kian hampir kepada penyelesaiannya.

Sejarah lama telah membuktikan bahawa UMNO bukanlah boleh di buat sahabat.Ini kerna sudah menjadi resam mereka hanya bersahabat bila dalam keaadaan tersepit ataupun kesusahan. Tapi percayalah bahawa Tuan Guru bukanlah insan yang bodoh seperti UMNO sangkakan...percayalah nanti UMNO akan mendapat musibahnya serta aibnya nanti.

Kini PR sedikit goyah...ini sebenarnya dugaan yang Allah s.w.t ujikan kepada kita untuk melihat akan keikhlasan kita dalam meneruskan perjuangan...Maka ikhlas dan jujurlah kita dalam mentadbir dengan sedikit kuasa yang di berikan.

'Untuk bertemu impian bukanlah percuma'

Wednesday, June 17, 2009

SIS satu ancaman .

SIS ataupun Sister In Islam hari ini semakin berani dalam memnuat kenyataan kerna telah mendapat pelbagai sokongan dari ahli politik dan ada antara cendiakawan Islam turut mempertahankannya. Anak Pak Lah dan Mahathir adalah antara 'kabel' besar yang mempertahankan mereka iaitu Nori dan Marina.

Setuju jugak dengan pendirian yang dinyatakan oleh sesetengah pihak iaitu SIS patut menggugurkan perkataan 'ISLAM' dari pertubuhan itu. Kenapa ia harus di gugurkan,antaranya ialah 'fisrt inspiration' mereka ialah mereka tidak berudung.

Dalam Islam ia mewajibkan umatnya menutup aurat,tetapi ada yang dari kalangan mereka tidak bertudung,ini akan mengelirukan insan yang bukan Islam dalam. Mungkin mereka akan mengatakan menutup aurat itu tidak wajib.

Perihal menutup aurat memanglah hak peribadi tetapi Islam mewajibkan kita umatnya menutup aurat.Ini secara tak langsung SIS akan menimbulkan kekeliruan kerna mungkin bagi yang bukan Islam akan mengatakan aurat itu tidak wajib...Terimalah hakikat...

Memang di akui bahawa sumbangan yang di berikan oleh SIS ada yang baik,tetapi penampilan mereka dikhalayak ramai tidak mencerminkan identiti Islam yang sebenarnya. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W mengatakan bahawa kita ini umat contoh,jadi kenalah kita menunjukkkan contoh yang terbaik supaya kita nampak hebat dengan membawa imej Islam yang sebenarnya.

Kekadang itu ada jugak 'pandangan' mereka yang baik seperti mempertahankan hak wanita seperti memeperjuangkan penganiayaan terhadap wanita,ada juga pandangan yang bercanggah dengan hukum bila mana ada yang memepertikaikan 'Faraid'..

Di harap agar pihak pengurusan SIS mengkaji balik akan nama 'ISLAM' dalam pertubuhan mereka kerna peribadi 'saf' utama mereka tidak mencerminkan langsung ISLAM iaitu menutup aurat.

Tabik juga pada Khalid Samad kerna membangkitkan isu ini kerna kekadang SIS semakin hari semakin 'terlebih sedikit'...Dan tabik juga pada MP Zulkifli Nordin kerna mencadangkan nama yang agak baik kepada mereka iaitu IWK (Ikatan Wanita Kosmopolitan). Juga tak lupa tabik juga pada bekas MB Selangor iaitu supaya SIS menggugurkan nama 'Islam' pada pertubuhan mereka agat ianya tidak mengelirukan masyarakat terutamanya yang Islam dan bukan Islam.

Kekadang tu terfikir juga,bayangkan jika NGO ni pro PR,rasanya ia sudah di haramkan kot...Entahla...mereka benasib baik kerna Pro kan BN dan ada plak anak-anak VIP BN yang terlibat sama dengan SIS.

Harap selepas ni tak timbul lagi kekalutan yang SIS bikinkan kerna sedarlah umat Islam di Malaysia kini semakin kalut dengan pelbagai ideologi...

Islam itu hebat,kitalah yang melemahkannya kerna tidak berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah yang sebenarnya.

Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan

Salam sejahtera.

Hari ini terasa gumpita jugak bila media massa semakin hari semakin kompangkan 'lagu' kerajaan perpaduan.

Agak terkezut juga bila ada antara 'supporter' PR hampir terikut akan rentak terkini BN. Sebenarnya ia boleh di katakan 'jaruman' dari BN/UMNO ke atas PR dalam misi menghancuskan ikatan yang telah di persetujui oleh PR selama ini. Jaruman demi jaruman telah 'di suntik' agar pengundi PR terkena akan 'jampi meyampah' mereka itu.

Tapi kali ini jaruman itu agak sedikit terasa akan sakitan kerna mungkin mereka telah mengkaji bagaimana nak memecah belahkan PR. Mereka telah sedar bahawa sejak 'lahir'nya PR ia semakin menjahanamkan BN. Sebelum ini bagi mereka parti pembangkan tidak menggugat langsung akan 'keselesaan' mereka. Keselesaan yang kini semakin mesiksa kian terasa. Sudah 6 kali pilihanraya kecil di adakan hanya sekali sahaja mereka mendapat persetujuan dari rakyat,itu pun di Sarawak yang kurang akan teknologi maklumat...Yang lain semuanya haram untuk BN.

Maka untuk mendapat kan sedikit keselesaan maka jaruman yang bertemakan kerajaan perpaduan di gunakan sepenuhnya untuk memastikan tembok PR di hancurkan.Tapi semakin hari semakin tumpul jarum itu kerna rakyat semakin mendapat akan gambaran yang jelas dari PR.

Rakyat sendiri boleh berfikir bahawa BN terutamanya UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh di buat kawan. Ini kerna sejarah telah membuktikan di mana semasa mereka berada dalam keselesaan mereka angkuh dan sombong hinggakan semasa itu wakil dari PAS ada hendak berunding langsung tidak di layan...Kini bila dah tersepit bagaikan nak 'mampus' baru hendak mencari kawan. Kita yakin dengan kepimpinan PAS terutamanya Tuan Guru akan kelicikan UMNO. Beliau bukanlah calang-calang insan untuk di mainkan. Tetapi penolakan yang di lakukan adalah secara berhemat dan penuh dengan 'sindiran teguran'. Itulah yang di katakan Tuan Guru.

BN kini sedar bahawa mereka kini berada dalam keadaan retak menanti belah. Untuk memastikan ia tak nampak maka 'terbit'lah akan isu yang bodoh-bodoh untuk menutup akan kemaluan mereka itu.

Buat pendukung PR yang setia,abaikan cerita mengarut Kerajaan Perpaduan yang kini di rancakkan oleh 'barua-barua' itu. Persetankan ia kerna hanya inilah antara isu yang cuba di mainkan bagi memecah belahkan 'kesepaduan' PR.

Secara tak langsung ia juga boleh di katakan ia merupakan publisiti murahan BN/UMNO dalam menghadapi pilihan raya kecil Manik Urai nanti.SEdarlah bahawa BN/UMNO kini telah mencuba 'teknik' baru bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka. Ingat di belakang mereka kini ada Tun Mahathir. Beliau merupakan orang lama dalam politik,maka khidmatnya kini di gunakan sepenuhnya dalam menjahanamkan PR. Nada Tun bercakap pun ada 'maknanya'....SEDARLAH BAHAWA KINI TEKNIK BARU SEDANG DI GUNAKAN...JGN KITA TERPERANGKAP....