Pages

Thursday, December 3, 2009

Demo Hanya Merancakkan

Salam 2 all.

Pening jugak la aku dengan rakyat Kelantan yang berdemo menuntut MB letak jawatan pasai isu ' Doa laknat' yang di kompang bertalu-talu bunyinya.
Bukan apa yang pening...Kenapa la kalian yang berdemo tu tak bersama MB menuntut hak mereka iaitu royalti minyak yang di umumkan sebagai wang ehsan.

Mereka berdemo atas nama NGO yang menuntut MB letak jawatan dan ada antara mereka yang mengatakan MB Kelatan ni jahat. Sebenarnya mereka yang berdemo ini haruslah berterima kasih ke atas MB Kelantan kerana nak mengembalikan hak mereka dari 'di curi' oleh puak-puak UMNO yang melahap sangat tu. Ini tak,join plak dengan perompak yang sebenarnya mencuri wang mereka...adios amigos...

Kekadang tu bukan apa,kesian kat UMNO Kelantan,mereka sangkakan yang tindakan mereka itu bijak,sebenarnya tindakan itu adalah satu tindakan yang bodoh yang akan memakan diri mereka kelak. UMNO ni sebenarnya 'langkah' kiri dalam mengembalikan kegemilangan mereka. Belum lagi Tuan Guru iaitu MB Kelantan berdoa,mereka sendiri telah menunjukkan 'ketidak cerdikan' mereka kepada tontonan umum...Baguih la.

Mengapalah hak rakyat Kelantan amnya pemerintah di Negri Kelantan di nafikan hak. Mengapa melahap sangat puak-puak UMNO ni dalam mendapatkan wang royalti minyak...Pening aku dengan UMNO sekarang. Ingatkan UMNO dah sedar akan kesilapan mereka masa lalu yang telah di hukum oleh rakyat,tapi sebaliknya berlaku.

Berbalik kepada Hukum Tuhan...Inilah yang di katakan kuasa Tuhan mengatsi segalanya...Mereka ini iaitu UMNO sebenarnya mendapat 'musibah' dari tindakan bodoh yang mereka anjurkan. Rakyat sebenarnya bukan kembali kepada UMNO tapi menjauhkan lagi,kerana niat MB adalah nak membela dan mengembalikan hak yang sepatutnya rakyat Kelantan nikmati...

Satu dunia akan katakan bahawa mereka yang berdemo itu kurang bijak kerana 'menghentam' insan yang membela nasib mereka.

Entahla...kenapa la UMNO berbuat sedemikian rupa...lagi la rakyat menjauhkan diri dari UMNO. Pada hemat aku,mungkin mereka sebenarnya takut akan 'kelurusan dan ketulusan' MB dalam menguruskan wang royalti nanti. Ini kerana MB bukanlah golongan 'pelahap' seperti pemimpin UMNO yang lain. Buktinya jelas,satu dunia pun tahu yang beliau ni 'zuhud' orangnya. Bayangkan seorang MB yang memerintah 18 tahun hanya tinggal di rumah kampung seperti rakyat biasa. Kalau beliau nak tinggal di rumah rasmi pun tak menjadi masalah...Inilah hebatnya MB Kelantan yang sukar di cari ganti kelak.

Sudah la 'tembakan' mengenai tajaan VVIP ke Mekah tersasar,kini isu 'doa laknat' pula menjadi 'tembakan' seterusnya. Kalu ikutkan gaji MB sendiri tu pun sebenarnya melebihi apa yang beliau perolehi.

Sudah la UMNO,jangan la di usik golongan yang benar-benar 'Hamba Tuhan'...Setiap kali usikan yang di buat,setiap kali akan 'meloyanya' rakyat terhadap UMNO. Tak keterlaluan katakan. UMNO bukan lah retak menanti belah,tapi sebenarnya belah menanti berkecai.

Pakat-pakat pikiaqla akan kebenaran. Ada mata tengok,ada telingan dengar,ada akal fikirlah...

Dunia kini seakan menanti 'Tuipan Sangka Kala"

0 comments:

Post a Comment