Salam 2 all.
Maka gumpitalah dunia Islam bilamana kerajaan Switzerland dengan rasmi telah mengharamkan pembinaan menara di semua masjid di negara itu.
Inilah yang di katakan penangan Yahudi dan Nasrani seperti mana dalam firman Allah didalam Al Baqarah:120, "Sesungguhnya Yahudi & Nasara tidak akan redho samasekali dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara kehidupan mereka".
Mereka sebanarnya semakin hari semakain goyah di mana Agama Allah iaitu Islam semakin mendapat perhatian masyarakat setempat dan di dunia.
Mereka yang terpelajar sebenarnya tahu akan kebenaran agama yang di bawa oleh insan yang bernama Muhammad Bin Abdullah. Ini kerana mereka tahu bahawa Islam melalui kitabnya iaitu Al-Quran sahaja dapat menyelesaikan segala masalah yang melanda dunia.
Lihatlah di mana perbankan secara Islam telah mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Hingga pakar ekonomi juga mengatakan kegawatan ekonomi sesebuah negara dapat di selamatkan dengan cara Islam. Perbankan Islam telah membuktikan 'win win situation' kepada pelanggan dan pemilik bank.Itu lah hebatnya Islam
Kerana takut melihat masyarat setempat semakin membanjiri masjid di tempat mereka,perasaan gerun dan gusar mula menyelinap dalam diri mereka,maka satu langkah drastik harus di ambil dalam menanganinya. Antara langkah pertama adalah dengan mengharamkan pembinaan menara ,nescaya selepas ini plak binaan masjid pulak akan di haramkan...Inilah di katakan manusia yang bencikan akan kebenaran Islam.
Maka rakyat Malaysia harus bersyukur akan keadaan negara kita. Janganlah kita terlibat atau terbabit dengan golongan yang cuba menghalang insan-insan yang membawa risalah Rasulullah. Jangan di sekat akan dakwah Islam kerana ia bagaikan kita menghalang sampah dari mengalir..Jika di sekat sampah itu maka 'susah' la kita. Nak mengatasi pencemaran sungai di sebabkan sampah bukanlah perkara yang mudah...nampak senang tapi hakikatnya perit. Itulah kehebatan Islam.
Biarlah golongan yang membawa risalah itu dengan tanggungjawab mereka,kita haruslah menghormati akan tanggungjawab mereka...Biarlah Islam itu menurut Al-Quran,bukannya mengikut telunjuk kerajaan.
Haruslah di ingatkan juga,kemakmuran yang kita kecapi hari ini adalah dengan Izin-NYA. Jika DIA mulai bosan dengan 'keangkuhan' kita,nescaya semua ini akan di tarik dengan hanya sekelip mata.
Biarlah insan-insan yang nak menjalankan amanahNYA membuat kerja mereka...JANGAN DI SEKAT dengan alasan-alasan dan pertauliahan yang bodoh...
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment