Pages

Sunday, December 13, 2009

Ketuanan Melayu

Salam 2 all.

Satu Malaysia 'di bingitkan' dengan isu ketuanan melayu. Di tambah pula dengan persoalan yang di timbulkan oleh YB Ngar Kok Ming mengenai peruntukan untuk masjid.

Maka satu gerombolan yang bertopengkan perjuangan melayu iaitu UMNO (UMNO kini) bangkit membantah dengan mengatakan jangan di usik ketuanan Melayu...Hairan bin ajaib jugak bila mendapati bahawa UMNO kini sedang membela nasib melayu...Dulu semasa 52 tahun memerintah di mana suara-suara UMNO dalam mempertahan kan nasib Melayu. Kini hanya setelah belah menanti hancur baru lah suara-suara sumbang itu kembali bergema.


Sebagai contohnya lihatlah nasib melayu Pulau Pinang sebelum ini di masa pemerintahan UMNO,adakah mereka mengambil kisah suara rintihan rakyat. Lihatlah beberapa projek mega di bangunkan atas nama pembangunan di bangunkan tanpa mengira akan 'keadaan ekonomi' melayu ketika itu. Rumah bernilai ratusan ribu ringgit di bina demi mengaut keuntungan tanpa mengira akan kedudukan melayu ketika itu. Dalam 100 biji rumah mungkin hanya sebiji juga yang mampu golongan melayu yang duduki. Semasa itu kenapalah ketuanan Melayu tidak di kompangkan...Hanya duit saja yang 'meminggirkan' melayu.


Ketika itu ramai kontraktor melayu terlibat dalam membina perumahan bernilai ratusan ribu ringgit sebiji,tiada pula yang membantah...Tapi kini sejak UMNO kehilangan kuasa di Pulau Pinang barulah kita lihat jasa-jasa mereka selama berkuasa di Pulau Pinang...Lihatlah parti yang dikatakan membela Melayu...bagi aku HAMPEH....semasa mereka memerintah pernah kah mereka memikirkan penempatan Melayu...adakah mereka membina rumah kos rendah yang mampu di miliki oleh melayu Pulau Pinang...Hanya sedikit sahaja berbanding dengan harga ratusan ribu yang di bina.


Kini setelah kuasa hilang,maka projek-projek juga bakal hilang,maka bertopengkan untuk memertabatkan melayu kembali di kompang...Sedarlah UMNO...rakyat kini bukanlah bodoh seperti dulu...Kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa BN will be end pada PRU 13 nanti...Tak payahla melakonkan watak perjuangan melayu demi kepentingan anda kalian.


Berbalik kepada YB Ngor Kok Meng yang membangkitkan isu peruntukan masjid, Panglima Keadilan iaitu YB Zulkifli Nordin telah menjelaskan segalanya. Beliau sendiri berada ketika itu dan tahu niat sebenar YB Ngor Kok Meng...


Lihatlah betapa 'sangapnya' UMNO ketika ini kerna sanggup memutarkan keadaan sebenar demi kepentingan peribadi mereka...Tidak kah mereka sedar dengan memutar belitkan keadaan ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketegangan kaum...atau mungkin ini cara UMNO iaitu taktik kotor UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat...


Sedarlah taktik yang di gunakan itu satu taktik yang paling bodoh di gunakan ketika ini..Rakyat kini berada di zaman dunia tanpa sempadan...Kami dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca...


Sedarlah UMNO,anda kini berada di zon penyinkiran oleh rakyat...yang mana belum 'mengkaya' kan diri fikirlah...anda akan kehilangan segala-galanya...Nantikan detik dan masa yang kian menjelma ....


Belum sempat TGNA memohon pertolongan kepada PEMILIK MUTLAK alam...dah bergoyang dan porak peranda anda di buatnya...


" Hanya engkaulah Tuhan yang sembah dan minta pertolongan'...AMIN..

'Islam tidak pernah memperjuangkan bangsa'..Islam itu UNTUK SEMUA.

0 comments:

Post a Comment