Pages

Wednesday, December 9, 2009

Peragut Semakin Berani

Sedih dan pilu bila media memaparkan berita mengenai kes ragut yang telah mengorbankan nyawa. Memang mati itu adalah satu ketentuan,tetapi cara mati mangsamat memilukan.

Terkedu juga bila si mati itu adalah mangsa kerana kes ragut. Peragut itu bagaikan pembunuh bila mana perbuatannya itu telah mengundang satu kecelakaan pada mangsa. Celaka yang menimpa bukanlah sikit,tetapi kematian.


Sedih dan pilu lagi bila mana beliau sempat merakam gambar untuk tatapan anaknya buat kali terakhir.


Di harapkan agar pihak berkuasa tidak melepaskan peragut ini kerana nyawa insan yang tak berdosa telah melayang dengan mudahnya. Lihatlah kini Malaysia bukan lagi negara yang aman untuk di duduki ekoran kes ragut semakin berleluasa. Malahan sudah sampai tahap melampau iaitu melibatkan nyawa.


Andaila aku 'di takdirkan' menjadi pemerintah,maka perkara pertama akan aku lakukan dalam menangani masalah ini ialah dengan melaksanakan 'hukum syariah' ataupun hudup. Hukuman yang akan di kenakan ke atas pencuri adalah memotongan tangan pencuri tersebut. Dengan ini nescaya kes kecurian atau ragut dapat di selesaikan. Ini kerana hukum ini adalah perintah dari 'Pemilik Alam Semesta' yang tahu akan kewajaran sebenar dalam mengajar manusia,DIA menjadikan manusia,maka dia tahulah macam mana nak mengajar manusia dari terus melakukan 'kejahatan'...


Aku tidak sama sekali mengatakan hukum ini kejam,kerana hukum ini sajalah yang dapat 'mengajar' kita dari melakukan kejahatan. Bayangkan pencuri pun akan fikir 80 kali untuk melakukan jenayah. Kerna penjenayah akan berfikir lebih panjang,nak duit atau tangan aku hilang...Nescaya pencuri itu akan memutuskan untuk menyelamatkan tangannya dari di potong. Maka jenayah ragut dapat di atasi dan kematian dari jenayah ragut dapat di elakkan.


Kepada pihak berkuasa,hanya perlaksanaan Hukum Allah sahaja dapat mengatasi masalah ragut yang kian meruncing kini. Tak perlu lah bermacam alasan di berikan dalam menangani masalah ini,benarkanlah dalam hati,hanya Hukum Allah sahajalah yang dapat mengatasi.


Mudah-mudahan kes terbaru ini membuka minda pemimpin kita yang agak keras sedikit hatinya dalam menerima kebenaran Hukum Allah...


Berat mata memandang derita keluarga mangsa,berat lagi derita keluarga mangsa menangunnya.

0 comments:

Post a Comment