Minggu lepas aku 'menemankan' kawan aku pembuat capal terkenal di Pulau Pinang membuat 'CAPAL ASLI' istimewa untuk seseorang...Tuan punya capal itu adalah aku la...hehehehe..
Kami mula 'merengkuh' keringat bermula jam 1 pagi...ini baru la di katakan kerja di awal pagi...hehehehe...
Dalam asyik 'melaksanakan' tugas kami berdua di kejutkan oleh pembantunya...Kata pembantunya macam ada orang bergaduh di kedai sebelah...kami pun meninggalkan kerja dan terus melihat perkara sebenarnya...Maka di dapati seorang pemuda iaitu sepupu kepada empunya kedai tersebut berada dalam keadaan luar kawalan...First think aku fikirkan bahawa dia 'Tarik'..sejenis penyakit la...kami pun membantu serta mengesyorkan dia di bawa ke hospital.Malangnya di tak mahu pergi...tidak berkata tapi semacam je degil nya...Maka kami teponlah 'ambulan' supaya datang mengambil...maka datanglah ambulan...bila datang nak di bawa masuk kedalam van ia tetiba menjadi kuat semacam jer...
Doktor yang ada di situ memanggil kami untuk 'slow talk'...kami di panggil ke tempat yang tak menjadi tumpuan...Terkejut juga aku bila doktor tersebut mengatakan bahawa budak ni macam ada ambil 'barang' jer...Dari penerangan yang di berikan oleh doktor tersebut 'mind' aku terus divert kepada negatif situation...Dari situasi simpati kepada 'mampus' pi..Doktor katakan...tahu la dia...
Setelah selesai penerangan yang di berikan oleh doktor aku terus mendapatkan sepupunya yang berada semasa kejadian berlaku...maka dengan 'sahihnya' memang budak tu ada ambil barang...maka aku 'berkeputusan' tak mempedulikan hal yang berlaku...'mampus' p kat dia la...
Setelah rundingan yang di jalankan maka pihak ambulan pun beredarlah dari tempat kejadian dengan tidak mempedulikan budak tu...persetujuan itu di capai dengan kata sepakat..win-win situation katakan...
Maka keluarga budak itu di hubungi untuk di beritahu...keluarganya menyuruh kami menjaganya...maka perihal itu kami lepaskan kepada sepupunya untuk 'handle' kan keadaan..
Kami sepakat untuk 'mempersetankan' hal itu kerana budak itu yang cari penyakit...kami sambul la pula projek 'Capal Asli' kami...
Setelah penat 'merengkuh' ,jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi kami pun pergi la minum dulu kat kedai sebelah...Di dapati keluarga budak yang ambil barang tadi telah sampai..Emak dan kakaknya datang dari Jeniang,Kedah...Maka drama pujuk,rayu dan linangan air mata pun berlaku di situ...aku macam biasa pun 'merendang' la dengan famili dia...
Semasa aku 'merendang' baru aku dapat gambaran sebenar dari mulut emak budak itu sendiri..Rupa-rupanya budak itu tadi sebenarnya adalah 'budak baguih'...Tapi setelah putus cinta dia telah berubah segalanya...baik di tinggalkan,jahat di dekati...waduhhhhhhhh....sebenarnya budak itu seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Kelantan...dia sebenarnya sudah nak bertunang dengan awek tu..tapi hajat tak kesampaian apabila awek itu sudah ada balak yang lain...Maka meranalah budak itu..maka sebagai 'penawar hatinya' maka SYABU lah penawar yang dikatakan mujarab baginya...
Overdose budak itu 'mengkedarah' syabu pada hari itu...
Kakak budak itu hanya mamu menangis melihat adik nya dulunya seorang yang baik berubah menjadi tidak baik..ambil dadak plak tu...itulah yang di katakan kasih sayang seorang kakak...Tak semena plak aku pulak yang jadi tukang 'control' keadaan...tapi pada mulanya tadi menyampah...kini dah berubah setelah mendapat tahu gambaran sebenar...Maka keputusan yang di ambil bagi merawat budak itu ialah dengan membawanya ke hospital bagi menuetralkan keadaanya...di sebabkan keenggan beliau,maka bantuan pihak polis harus di gunakan...maka datanglah Polis memberi bantuan...akhirnya budak itu selamat dibawa ke hospital untuk menuetralkan keadaan...
Inilah Penangan Cinta.
Bagaimana keadaan budak itu...Entah la...
Kesimpulannya, Cinta itu Mahal nilainya..Cinta adakalanya membuatkan seseorang itu merana..Cinta juga membuatkan kita bahagia..Tapi cinta sejati adalah cinta pada Ilahi...kerna Cintakan Pemilik segalanya jadi.
Siapa yang pernah merasa dia tahu............
Wassalan...
0 comments:
Post a Comment