Pages

Thursday, November 26, 2009

Bila Lagi

Tadi aku telah 'di culik' oleh member aku meronda di kawasan sekeliling. Macam biasa kami mengambil keputusan untuk ke 'up town' bandar Perda.

Di situ terdapat pelbagai jenis aneka jualan,yang paling popular adalah pakaian 'bundle'.Maka 'menilau' lah kami di sekelilingnya...Yang menarik perhatian aku ialah air dari Iran. Ia kelihatan seperti minuman 'arak' tetapi sebenarnya ia halal...kandungan alkohol ialah 0.0%...Halal la bro.

Tanpa segan silu aku pun sambar la satu crack...

Minuman ini sebenarnya telah menyertai satu Pameran Halal Hub yang telah berlangsung di PWTC...maka halalnya tak perlu di ragu lagi.

Setelah kami selesai 'menjelajah' di up town itu kami pun beredar,maka tradisi harus di lakukan iaitu 'mematuk' dulu. Kami mematuk di Mc D...

Setelah semuanya selesai kami pun berangkat pulang.

Semasa dah sampai di tempat aku parking kereta tadi aku,aku menerima satu panggilan dari sahabat lama aku juga. Maka macam biasa la,melepak di kedai kopi...'Cerita Kedai Kopi'

Dalam 'lama' tak jumpa tu maka berbagai la topik di 'sembang' kan. Yang menarik perhatian itu ialah- Kahwin. Kami sebaya,satu sekolah,masing tahu akan peel masing-masing antara satu sama lain. Tapi topik yang utama di bincangkan ialah pasal bila nak kawin.

Kami masing mempunyai pekerjaan yang tetap,dan tak keterlaluan juga gaji pun boleh la tahan juga (pada pendapat orang yang bergaji operator la)...tapi kami ni saja tinggal yang belum kawin di antara kengkawan seangkatan belajar dulu. Maka perbualan kami ini semakin rancak mencerikatan kenapa la yang kami ni tak kawin lagi-lagi...masing-masing menceritakan masalah masing-masing..maka jawapannya adalah tersendiri.

Setiap orang itu ada masalahnya...Masing-masing dengan masalah sendiri..ini semuanya dugaan hidup...Teringat pula kata-kata seseorang tu,nak jadi orang hebat,maka dugaan nya pun hebat jugak la...hebat ka dugaan kami ni...hanya diri sendiri,kengkawan dekat dan Tuhan jer yang tahu.

Maka nak sedapkan hati kami ini,ayat 'menepis' mudah di gunakan. Sesungguhnya Ajal,Jodoh dan Rezeki itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang,tapi Tuhan yang menentukan. Kami dah berusha,mungkin DIA belum mengizinkanNYA lagi...Kerna adakalanya perancangan kita tak sama dengan perancangan Tuhan...Berserah jer la lepas ini.

Dalam berbicara itu ada juga berita kurang enak di dengar. Ada kawan kami yang masa sekolah dulu bercinta bagaikan Romeo dan Juliet,tapi khabarnya terlah berpisah...Bagi aku senang jer,mungkin Jodohnya hanya sampai di situ juga...Bayangkan sudah beranak 3 berpisah. Maka di lanjutkan juga dengan penjagaan anak kami bincangkan. Bagi aku perihal anak mudah jer,berani buat anak kena la jaga..pandai-pandaila selesaikan...Sedangkan binatang termasuk anjing dan babi juga tahu jaga anak,inikan pula kita manusia yang Tuhan telah katakan makhluk paling sempurna ciptaanNYA.

Kalau tak reti nak Jaga anak tu jangan la bikin anak bro...

Pepandai la kawan kami itu setel kan la...Malas aku nak masuk campur dan memikirkan..Kawan aku plak jawab lagi best...Tak perlu la kita jaga hati orang,Hati kita ada ka mereka sekeliling kita nak jaga....Lagi tragis aku dengar..adios amigos...

Teringatla plak kata pujangga...Buat baik tu berpada-pada la,buat jahat tu jangan la sesekali...
Semasa topik kawin tu semakin di rancak di panjangkan,maka terfikir juga aku dan kawan aku ni...layak ka kita nak jadi 'Imam Keluarga'...Adakah kita mampu menjadi Imam semasa solat dengan isteri kita nanti. Mampukah kita mendidik isteri kita ke jalan yang di tuntut dalam agama...mampukah kita mengajar anak kita nanti mengenal kalam Tuhan...Jangan-jangan kita ni yang takut bini...Berat nak jawab ni kerna berat juga Tanggung jawab yang harus di pikul oleh suami...

Mungkin tak keterlaluan aku katakan ..sebagai seorang yang bujang la...pasai ni la goyahnya sesebuah rumah tangga...hehehehe...jadi ustaz la plak...

Sebenarnya dalam Islam sendiri ada mengatakan...kahwin lah kamu kerna kecantikannya,hartanya,keturunannya atau pun kerana agamanya.Jika kamu memilih agamanya nescaya kamu akan beroleh kebahagian di dunia dan akhirat....

Maka kesimpulannya mudah jer..kalau kita berkahwin di atas landas Islam nescaya kita semua akan selamat...Islam tu kan bermaksud Selamat dari segi bahasanya...

Sedar tak sedar yang jam pun dah menunjukkan 3 pagi...wow..itulah penangan bila berjumpa member lama...banyak isu yang di bahaskan tanpa menyedari bahawa waktu itu bagaikan tak terasa di buatnya.Nasib baik la kedai tu tutup lewat...macam biasa la kami pun terhenti berbicara...Hampir 3 jam kami 'bertopik'

Rumusan dari kami mudah jer...kalau ada jodoh tak kemana..bukan tak berusha tapi takdir yang meminta...Ini semua dugaan dari Tuhan untuk menguji hambanya yang penuh hina ini..

Sebagai penutup ,berusha dan berserahlah ajer...janganlah menaruh harapan yang tinggi kerna bila tak kesampaian kita yang merana..

Sebenarnya cantik seseorang perempuan itu adalah hatinya..Hidup ini hanya dua perkara yang perlu di cari, iaitu kebahagian dan ketenangan. Rupa paras bukanlah ukuran,kerna yang indah itu hanya sementara sahaja.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment