Tadi aku telah selamatnya menghadiri walimatul urus sahabat ku. Terasa puas jugak aku bila dapat menghadirkan diri. Setidaknya sahabat aku ni terasa 'bangla' jugak dengan aku kerna sanggup datang ke majlis.
Maka macam biasa la salam ler dengan bapak nya sambil menghulurkan sedikit 'huluran' sedekah kepada bapaknya sebagai tanda meraikan majlis anjurannya. Bagi masyarakat melayu ia adalah kebiasaan 'wajib' di lakukan. Berapa nilainya ikut hati dan kemampuan...Bak kata 'hikmah' - sedekah tangan kanan,tangan kiri jangan di beri tahu. hehehehehe
Sesudah 'menghulur' maka tibalah masa 'membelasah' plak...lapar siut,sambil 'menjamah' sambil la aku 'membangau' kan diri bagi memastikan pengatin lelaki iaitu sahabat aku itu 'menyedari' akan kehadiran aku. Maka 'membangau' aku menjadi maka dia pun datang kepada ku bagi meraikan kehadiran aku...TQ Sham...Aku faham akan 'kesibukan' yang beliau alamai hari ini. Maka aku pun tak ambil 'port' sangat,yang penting aku 'kedatangan' aku di sedarinya.
Sambil makan sambil la 'menyembang kecil' dengan pengantin. Lagi pun aku tak harapkan la layanan VIP yang harus di berikan kepada ku kerna 'kupeka' akan kesibukan raja sehari. Setidaknya 'dressing aku' ala VIP la sikit.
Di tengah sibuk 'mematuk' hidangan terjumpa plak dengan kawan lama yang telah menjadi 'pengaman ketenteraman', Beliau juga turut hadir bersama isterinya yang sedang 'membawa perut' amanah Tuhan. Tak banyak kami berbicara kerana sibuk akan hal masing-masing.
Dalam 'kesibukan' masing-masing itu 'terkeluar' juga kalam agak maut bagi aku ketika ini...tapi aku mcm biasala 'terror' sikit menepis katakan...Kalam maut itu ialah "Bila Plak Nak Makan Nasi Minyak Hang ?' Walaupun pedih ku tahan jua,walau pahit ku telan jua...Maka dengan selambanya aku menjawab ' Perancangan aku tak sama dengan perancangan Tuhan'...Terror tak aku jawab,ringkas,padat dan hikmat...hehehe.
Maka 'panas' sedikit itu berjaya aku sejukkan...Bagi aku dan kengkawan yang lain mengenal aku mereka tahu akan 'peel' aku..maka tiada siapa tersinggung dalam hal ini...
Maka pengantin datang dengan 'membekal' kan kali 'ole-ole kenduri moden'...mcm biasa la aku terima sebagai kenangan dan tanda 'kedatangan' aku ke majlisnya.
Setelah 'patukan' selesai' maka masa yang di nantikan tiba iaitu 'caw'- belah balik la...saat ini yang di nantikan...bukan apa, ada 'kerahan' tenaga harus di jalankan.
Maka sebelum balik mcm biasa la,jumpa pengantin 'Tahniah...' ayat biasakan...maka dia pun cakap terima kasih...Riak wajah nya terpancar kegembiraan akan kehadiran 'kengkawan' walaupun wajahnya nampak letih...Maka aku pun melangkah pergi...
Dalam perjalanan pulang di tengah jalan baru aku teringat bahawa aku terlupa sesuatu....Arghhhhhhhhh...tension aku...Aku terlupa bergambar kenangan dengan pengantin...Apa boleh buat,dah setengah jalan dah...tak kan nak patah balik...maka aku putuskan, biarlah...bukan perkara wajib pun...maka aku teruskan perjalan pulang untuk menyambung 'rengkuhan tenaga'...
Dalam perjalan pulang aku terkesima sejenak...dalam hati kecil aku ada berkata:
Ku mahu,tapi apa daya ku,
mungkin Tuhan belum merestu,
perancangan aku tak sama dengan yang SATU,
mungkin hikmah di sebalik nya aku tak tahu...
Bukan tak cuba..tapi takdir mengatakan...Dia bukan di cipta untuk ku...
- biasa bro ayat pujuk hati...
Apa pun aku kini happies dgn diri aku kini.
Bagaikan di lahirkan semula...
Mungkin ini rahmat dari NYA....
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment