Pages

Wednesday, December 30, 2009

Merana Dek Cinta

Salam 2 all.




Minggu lepas aku 'menemankan' kawan aku pembuat capal terkenal di Pulau Pinang membuat 'CAPAL ASLI' istimewa untuk seseorang...Tuan punya capal itu adalah aku la...hehehehe..

Kami mula 'merengkuh' keringat bermula jam 1 pagi...ini baru la di katakan kerja di awal pagi...hehehehe...

Dalam asyik 'melaksanakan' tugas kami berdua di kejutkan oleh pembantunya...Kata pembantunya macam ada orang bergaduh di kedai sebelah...kami pun meninggalkan kerja dan terus melihat perkara sebenarnya...Maka di dapati seorang pemuda iaitu sepupu kepada empunya kedai tersebut berada dalam keadaan luar kawalan...First think aku fikirkan bahawa dia 'Tarik'..sejenis penyakit la...kami pun membantu serta mengesyorkan dia di bawa ke hospital.

Malangnya di tak mahu pergi...tidak berkata tapi semacam je degil nya...Maka kami teponlah 'ambulan' supaya datang mengambil...maka datanglah ambulan...bila datang nak di bawa masuk kedalam van ia tetiba menjadi kuat semacam jer...

Doktor yang ada di situ memanggil kami untuk 'slow talk'...kami di panggil ke tempat yang tak menjadi tumpuan...Terkejut juga aku bila doktor tersebut mengatakan bahawa budak ni macam ada ambil 'barang' jer...Dari penerangan yang di berikan oleh doktor tersebut 'mind' aku terus divert kepada negatif situation...Dari situasi simpati kepada 'mampus' pi..Doktor katakan...tahu la dia...

Setelah selesai penerangan yang di berikan oleh doktor aku terus mendapatkan sepupunya yang berada semasa kejadian berlaku...maka dengan 'sahihnya' memang budak tu ada ambil barang...maka aku 'berkeputusan' tak mempedulikan hal yang berlaku...'mampus' p kat dia la...

Setelah rundingan yang di jalankan maka pihak ambulan pun beredarlah dari tempat kejadian dengan tidak mempedulikan budak tu...persetujuan itu di capai dengan kata sepakat..win-win situation katakan...

Maka keluarga budak itu di hubungi untuk di beritahu...keluarganya menyuruh kami menjaganya...maka perihal itu kami lepaskan kepada sepupunya untuk 'handle' kan keadaan..


Kami sepakat untuk 'mempersetankan' hal itu kerana budak itu yang cari penyakit...kami sambul la pula projek 'Capal Asli' kami...

Setelah penat 'merengkuh' ,jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi kami pun pergi la minum dulu kat kedai sebelah...Di dapati keluarga budak yang ambil barang tadi telah sampai..Emak dan kakaknya datang dari Jeniang,Kedah...Maka drama pujuk,rayu dan linangan air mata pun berlaku di situ...aku macam biasa pun 'merendang' la dengan famili dia...

Semasa aku 'merendang' baru aku dapat gambaran sebenar dari mulut emak budak itu sendiri..Rupa-rupanya budak itu tadi sebenarnya adalah 'budak baguih'...Tapi setelah putus cinta dia telah berubah segalanya...baik di tinggalkan,jahat di dekati...waduhhhhhhhh....sebenarnya budak itu seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Kelantan...dia sebenarnya sudah nak bertunang dengan awek tu..tapi hajat tak kesampaian apabila awek itu sudah ada balak yang lain...Maka meranalah budak itu..maka sebagai 'penawar hatinya' maka SYABU lah penawar yang dikatakan mujarab baginya...

Overdose budak itu 'mengkedarah' syabu pada hari itu...

Kakak budak itu hanya mamu menangis melihat adik nya dulunya seorang yang baik berubah menjadi tidak baik..ambil dadak plak tu...itulah yang di katakan kasih sayang seorang kakak...Tak semena plak aku pulak yang jadi tukang 'control' keadaan...tapi pada mulanya tadi menyampah...kini dah berubah setelah mendapat tahu gambaran sebenar...Maka keputusan yang di ambil bagi merawat budak itu ialah dengan membawanya ke hospital bagi menuetralkan keadaanya...di sebabkan keenggan beliau,maka bantuan pihak polis harus di gunakan...maka datanglah Polis memberi bantuan...akhirnya budak itu selamat dibawa ke hospital untuk menuetralkan keadaan...



Inilah Penangan Cinta.

Bagaimana keadaan budak itu...Entah la...

Kesimpulannya, Cinta itu Mahal nilainya..Cinta adakalanya membuatkan seseorang itu merana..Cinta juga membuatkan kita bahagia..Tapi cinta sejati adalah cinta pada Ilahi...kerna Cintakan Pemilik segalanya jadi.



Siapa yang pernah merasa dia tahu............



Wassalan...

Tuesday, December 29, 2009

Politikus MenCATUR Startegi

Salam 2 all.




Tertarik juga dengan berita politik sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya pihak pemerintah dan pembangkang saling berbalas 'tembakan' di antara satu sama lain..Inilah yang di katakan politik..hehehe..bagi aku ia merupakan perkara yang best...mungkin kerna aku ni minat politik...entahla...





Lebih menarik lagi bila Ex PM vs Ex PM...kekekekekeke...Mahadet meminta Pak Lah di siasat atas 'kehabisan' sebanyak RM 270 bilion semasa pemerintahannya selama 5 tahun...Mahadet pula di katakan 'berhabis' sebanyak RM 100 bilion di zaman 22 tahun pemerintahannya...ish ish ish...mudah jer kan duit di gunakan...kebenaran hanya Tuhan jer yang tahu...



Zaman Mahadet PM nampak juga akan perubahan,tapi zaman Pak Lah tak nampak apa pun...cuma yang nampak ialah 'kemunculan' menantunya sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada zaman pemerintahannya jer...hehehehe...bertuahnya KJ kan...fikir la sendiri kan...
mudah jer dapat tempatkan...



Bagi aku pulak kes paling menarik di 'perhatikan' ialah kehilangan enjin jet pesawat pemintas yang di katakan bernilai RM 50 juta. Mudah jer kan barangan penting negara di curi...Ia berlaku pada Tahun 2007 di mana Najib adalah Menteri Pertahanan ketika itu...Jawab la Najib...penatla Najib nak 'menaici' benda itu...



Inilah yang di katakan politikus-politikus...



Di Kem Pembangkang plak isu 'puak-puak' yang menyatakan sokongan pada PAS pulak 'berdemo' menuntut PAS keluar dari PR...hehehehe..lawak-lawak...



Hari ini pula mengenai bakal 'gugurnya' 2 orang setiausha kepada MB Kelantan...ish ish...'kesahihannya hanya Tuan Guru Nik Aziz jer yang tahu...



'what ever situation'...rakyat janganlah di pinggirkan..dah Tuhan bagi jawatan tu,tanggungjawab janganlah di abaikan...



Apa-apa pun sebagai Rakyat Malaysia yang boleh mengundi,kami sedang memerhati 'permainan' kalian...Ingatlah bahawa rakyat kini dah 'celik' IT dan tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca..

Bersamalah kita lihat 'gerak langkah silat' yang di mainkan...

Rakyat Hakim Negara...

Wassalam...

Monday, December 28, 2009

Cubaan Jatuhkan PR di Selangor


Salam 2 all.



Naik geli bulu hati bila lihat 'gerombolan' yang menamakan diri mereka Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mengadakan 'luahan' menuntut PAS keluar dari PR...bagi aku ini bukanlah tidakan yang bodoh atau sia-sia kerana mereka ini sebenarnya adalah balaci-balaci UMNO dalam 'meranapkan' PR di Selangor buat kali kedua.

Gambar sekadar hiasan

Kenapa di katakan balaci,kerana mereka ini bukanlah ahli PAS yang berdaftar. Ini di akui sendiri oleh Naib Presiden PAS iaitu YB Salahuddin Ayub . Gelak hati lagi bilamana 'perhimpunan ini mendapat sokongan yang kuat iaitu seramai 21 orang menyertainya....hehehehe...Kenapa la bangang sangat puak-puak ni ha....



Umum telah mengetahui bahawa satu 'gerakan' merampas kuasa dari PR telah dilakukan buat kali pertama,tetapi gagal...Ini kerana Selangor kini di pimpim oleh insan yang tak banyak bercakap tapi buat kerja lebih..beliau lebih berdiam dari bercakap kerna kerjanya lebih...Inilah kelebihan beliau...Selangor juga di pimpin 'secukup' rasa kerna terdapat pelbagai 'ideologi' di dalamnya...Ini lah yang di katakan Pemimpin PR terbaik setakat ini...



Exco nya terdiri dari semua bangsa dan pelbagai agama...Maka nak jatuhkan mereka bukanlah perkara yang mudah...maka taktik-taktik yang bodoh telah di keluarkan oleh BN untuk menjahanamkan PR..tetapi semuanya gagal...Maka semakin teserlah lah 'kenaifan' politik UMNO.



Saban hari media BN memainkan isu ini bagi mandapat 'kredit' , tapi hakikatnya 'kemelugaian' rakyat semakin memuncak bila mana taktik yang paling bodoh sering di gunakan...

Rakyat kini semakin matang...

Wassalam

Tuesday, December 22, 2009

Ujian Hidup Katakan

Salam 2 all.

Aku baru jer balik dari Taiping (jauh tu..hehehe)bersama sahabat aku. Tujuan pergi just 'mini convoy'-merempit. Kami hanya berdua sahaja,itu 'otak seminit' plan. Aku dengan sahabat aku tu mcm biasa la, seminit punya plan semuanya boleh jadi.
Seperti yang di plankan kami pun bersetuju untuk keTaiping..ke mana lagi...Zoo la...tanpa melengahkan masa kami bertolak pada pukul 11.00 pagi...

Merempitla kami berdua di atas highway...masa merempit tu berangan la macam naik moto besar...hehehe...dalam kami merempit tu ada la 'gerombolan' yang turut merempit bersama. Lebih kurang 20 biji moto jugak la...Kami still 2 biji ...mcm biasa.

jentera yang di gunakan

Kelajuan kami tak la laju sangat,cuma dalam 130-150 km/j...setelah merempit kami pun singgah la sebentar 'minum' kat Gunung Semanggol, sat je kami singgah,dalam 50 minit jer...haaa 50 minit..lama tu...setelah sedar akan 'sekejap saje' tu kami pun meneruskan perjalanan kami.

Lebih kurang 30 minit sampaila kami ke zoo. Macam biasa masuk la kami 'menikmati' fauna-fauna yang ada di dalam situ.


Setelah selesai semuanya,kami berdua mengambil keputusan utuk ke Bukit Larut plak...ceh dekat jer...Kami pun ke sana...

Dalam perjalanan ke Bukit Larut tersebut kami ternampak satu moto yang beroda 4 di tepi jalan...Di situ sebenarnya ada aktiviti yang panggil ATV. Kami pun macam biasa singgah la untuk bertanya pakej yang di kenakan...Terdapat pelbagai pakej yang ada...Kami ni jenis suka mencuba,maka kami cubalah pakej tersebut yang bernilai RM 40. Sekejap tapi mencabar...aku dan kawan aku tu 'berpuas hati dengan pakej tersebut..Setelah selesai kami ' di umpan' plak dengan pakej RM 100. Pakej ni lagi mencabar...aku dan kawan aku seakan terkena pancingan itu...ya la,mahu tak nya best betui...tapi memandangkan hari semakin petang dan hujan seakan mahu menitiskan air matanya kami tak jadi 'makan' umpan tersebut...niat tu sebenarnya nak 'makan' tetapi keadaan semacam tak mengizinkan...




keseronokan ATV

Setelah kami selesai bermain ATV tu pun kami berangkat pulang. Merempit lagi...aku ada cadangkan pada memeber aku tu hendak ke Kem Kemunting..iaitu kem tahanan ISA...tetapi malangnya tak jumpa...maklumla 'terror department' katakan...Kami pun 'berkeputusan' pulang saja ke kampung halaman.


Singgahla kami ke perhentian yang ada untuk minum...dalam pada itu topik yang bincangkan ialah 'keseronakan' ATV...kami sepakat selepas ini kami akan datang beramai dengan kawan kami yang lain untuk merasa nikmat ATV...syok beb.


'Entahla...apa plak aktiviti lepas ni...adios amigos'

Saturday, December 19, 2009

Lepas Tension

Salam 2 all.

Dah lama rasanya aku tak 'menyumbangkan' lagu. Tadi aku bersama member-member aku baru sahaja selesai 'melepaskan' hajat kami yang dah lama tak menyumbangkan suara. Nak kata 'sempoi' tu tak la,tapi sekadar menghiburkan hati ok la...

Ada juga pengikut baru join dengan kami...dia pada mulanya agak malu dan segan juga untuk 'meluahkan' bakat terpendamnya kerana dia ingat yang ada semuanya power-power belaka...tetapi apa yang di dapatinya hampeh...lagi teruk kot dari dia...

Bagi aku soal 'hebat' atau tidak bukan perkara utama,yang penting 'enjoykan' hati...Senang saja,kalau kami dah berbakat sangat dalam nyanyian,kami dah tak keja kilang dah...Jadi penyanyi siut...hehehehe...mcm la artis yang ada hari ini bagus sangat...

Macam biasa,suara aku ni hanya 'rock' sahaja yang 'masyuk' yang lain hampeh...sekali sekala tu ada juga irama 'rock kebun bunga' di dendangkan...Macam biasa la aku lagu lefthanded,wings dan xpdc adalah wajib 'di sumbangkan' aku...

Dalam pada kami semua menyumbangkan lagu-lagu yang ada itu ada juga 'bait-bait' ayat power juga di dengar...antaranya 'mengena' diri kita,dan ada kalanya boleh di jadikan 'kalam' untuk 'defend' hati...mana taknya ,semuanya kena batang hidung aku...hehehehe...biasa beb...

'Tidak indah hidup ini jika tak di warnakan dengan kenangan pahit"

Berbalik pada suara 'yang di gadaikan' tadi,ada juga kengkawan yang 'merdu' suranya...inilah yang di katakan dah minat tu segalanya dapat di atasi....

Sebagai kesimpulannya...

" Muzik itu tidak haram,kitalah sebenarnya menjadikan ia haram"


Sekian Wassalam.


Thursday, December 17, 2009

Di Mana Maruah Melayu

Salam 2 all.
Sedih dan malu bila menatap gambar adik-adik ku kini. Seolah ia tidak ada perasaan bersalah dan dosa sahaja di buatnya.
Umum mengetahui bahawa Islam itu indah,melayu itu bersopan. Tapi aksi adik-adik aku ini menafikan segalanya...Sedih jugak bila melihat tanggapan bukan Islam terhadap adik-adik kita ni...
Hari ini UMNO sibuk membangkitkan ketuanan Melayu..Tapi bagai mana pula dengan maruah Melayu...Slogan UMNO ialah memaperjuangkan nasib melayu,tapi apa dah jadi dengan maruah Melayu..


Teringat kata-kata Iman Ghazali As Syafie: Untuk Melihat kejayaan sesuatu bangsa depan,lihatlah moral dan akhlak remajan bangsa itu hari ini. Jika rosak moralnya maka rosaklah bangsa itu di masa depan.
ADAKAH UMNO INGIN MEMBELA MARUAH MELAYU !

Menunggu reaksi Menteri Belia dalam Isu ini.

Fikir-fikirkanlah...

Sunday, December 13, 2009

Ketuanan Melayu

Salam 2 all.

Satu Malaysia 'di bingitkan' dengan isu ketuanan melayu. Di tambah pula dengan persoalan yang di timbulkan oleh YB Ngar Kok Ming mengenai peruntukan untuk masjid.

Maka satu gerombolan yang bertopengkan perjuangan melayu iaitu UMNO (UMNO kini) bangkit membantah dengan mengatakan jangan di usik ketuanan Melayu...Hairan bin ajaib jugak bila mendapati bahawa UMNO kini sedang membela nasib melayu...Dulu semasa 52 tahun memerintah di mana suara-suara UMNO dalam mempertahan kan nasib Melayu. Kini hanya setelah belah menanti hancur baru lah suara-suara sumbang itu kembali bergema.


Sebagai contohnya lihatlah nasib melayu Pulau Pinang sebelum ini di masa pemerintahan UMNO,adakah mereka mengambil kisah suara rintihan rakyat. Lihatlah beberapa projek mega di bangunkan atas nama pembangunan di bangunkan tanpa mengira akan 'keadaan ekonomi' melayu ketika itu. Rumah bernilai ratusan ribu ringgit di bina demi mengaut keuntungan tanpa mengira akan kedudukan melayu ketika itu. Dalam 100 biji rumah mungkin hanya sebiji juga yang mampu golongan melayu yang duduki. Semasa itu kenapalah ketuanan Melayu tidak di kompangkan...Hanya duit saja yang 'meminggirkan' melayu.


Ketika itu ramai kontraktor melayu terlibat dalam membina perumahan bernilai ratusan ribu ringgit sebiji,tiada pula yang membantah...Tapi kini sejak UMNO kehilangan kuasa di Pulau Pinang barulah kita lihat jasa-jasa mereka selama berkuasa di Pulau Pinang...Lihatlah parti yang dikatakan membela Melayu...bagi aku HAMPEH....semasa mereka memerintah pernah kah mereka memikirkan penempatan Melayu...adakah mereka membina rumah kos rendah yang mampu di miliki oleh melayu Pulau Pinang...Hanya sedikit sahaja berbanding dengan harga ratusan ribu yang di bina.


Kini setelah kuasa hilang,maka projek-projek juga bakal hilang,maka bertopengkan untuk memertabatkan melayu kembali di kompang...Sedarlah UMNO...rakyat kini bukanlah bodoh seperti dulu...Kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa BN will be end pada PRU 13 nanti...Tak payahla melakonkan watak perjuangan melayu demi kepentingan anda kalian.


Berbalik kepada YB Ngor Kok Meng yang membangkitkan isu peruntukan masjid, Panglima Keadilan iaitu YB Zulkifli Nordin telah menjelaskan segalanya. Beliau sendiri berada ketika itu dan tahu niat sebenar YB Ngor Kok Meng...


Lihatlah betapa 'sangapnya' UMNO ketika ini kerna sanggup memutarkan keadaan sebenar demi kepentingan peribadi mereka...Tidak kah mereka sedar dengan memutar belitkan keadaan ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketegangan kaum...atau mungkin ini cara UMNO iaitu taktik kotor UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat...


Sedarlah taktik yang di gunakan itu satu taktik yang paling bodoh di gunakan ketika ini..Rakyat kini berada di zaman dunia tanpa sempadan...Kami dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca...


Sedarlah UMNO,anda kini berada di zon penyinkiran oleh rakyat...yang mana belum 'mengkaya' kan diri fikirlah...anda akan kehilangan segala-galanya...Nantikan detik dan masa yang kian menjelma ....


Belum sempat TGNA memohon pertolongan kepada PEMILIK MUTLAK alam...dah bergoyang dan porak peranda anda di buatnya...


" Hanya engkaulah Tuhan yang sembah dan minta pertolongan'...AMIN..

'Islam tidak pernah memperjuangkan bangsa'..Islam itu UNTUK SEMUA.

Thursday, December 10, 2009

Entahla...

Entahla...kenapa kini aku rasa bagaikan mati hidup semula..

Tsunami yang melanda hidupku sebelum ini sedikit sebanyak telah 'mensesatkan' aku seketika. Aku bagaikan sampan yang tak 'ketahaluan'...kiri kanan entahla kemana yang harus ku tuju.


Tsunami yang melanda seolah hendak 'meranapkan' hidup aku...aku terpaku,terduduk, dan apa-apa lagi yang seangkatannya bagaikan hendak menjahanamkan aku...2 tahun aku cuba membina mahligai impian akhirnya musnah hanya seketika sahaja. Tiada niat langsung memutuskan ikatan yang telah di bina selama ini,tepai entahla...napa la sekelip mata ia berubah...


Tanda-tanda awal sebelum berlaku tsunami seakan ada petandanya...tapi aku tak sangka yang ia benar-benar berlaku dalam hidup aku...aku selama ini cuba tidak mengendahkan petanda itu...bagi ku ia adalah bisikan yang akan meranapkan masjid yang bakal di bina..aku persetankan semua itu...rupa-rupa nya bisikan yang ku sangkakan syaitan itu telah menjadi kenyataan...


2 tahun aku 'menjaga' ia...aku tahu ia sebelum ini akan layu..aku dengan rasa simpati dan tanggungjawab menerima seadanya ia bagi mengembalikan sinar yang semakin hari semakin malap..aku tanam..aku jaga...aku baja..aku 'tacap' agar ia kembali bersinar seperti sedia kala sebaris dengan sinar-sinar bunga yang ada...


Dalam 'mengembalikan' sinarnya, bermacam dugaan dan rintangan terpaksa aku hadapi...menyinarkan layu itu sebenarnya bukanlah perkara yang mudah...tapi aku teruskan juga atas dasar simpati dan rasa tanggungjawab ketika itu...


Kata-kata ejekan dari kengkawan aku terima dengan hati terbuka..bagi aku,mudah sahaja,kesempurnaan itu milik Tuhan..kita hanyalah mampu jujur dan ikhlas dalam kehidupan..aku teruskan juga menyinarkan kembali yang layu itu...


Dengan izin Tuhan,impian aku menjadi kenyataan...layu kini kembali bersinar dengan penuh 'keayuan'...Pabila sinar sudah kelihatan,maka datanglah dugaan kini semakin mencabar...ramailah pula yang ingin memiliki 'kesinaran' itu...saban hari semakin banyaknya yang cuba memilikinya setelah kelayuan itu bertukar menjadi 'keayuan'...terkejut beruklah mereka semua pabila melihat akan cahaya kesinaran semakin memancar...di tambah pula bungan itu memenuhi ciri-ciri yang di dampakan semua lelaki...


Aku ketika itu bagaikan AIMAN...aiman kan tak kisah...projek aku telah berjaya...banggalah aku ketika itu bahawa 'imposible is nothing' berjaya aku perolehi...aku bagaikan 'mastermind' ketika itu kerana pujian dan ketaksuban yang mereka lihat adalah hasil 'cara' aku ...BERJAYA lah aku..


Pujian,ketaksuban,respect masa itu mula aku terima....ada yang katakan aku hebat ketika itu kerna berjaya mengembalikan sinar ke atas yang hampir layu...pujian aku terima...melangit juga aku di angkat ketika itu...


Sinar yang bersinar mengucapkan terima kasih kepada aku kerana telah membuat dia kembali bersinar yang mana sebelum ini hampir layu dan mati....Dia memilih aku....


-bersambung-

Wednesday, December 9, 2009

Peragut Semakin Berani

Sedih dan pilu bila media memaparkan berita mengenai kes ragut yang telah mengorbankan nyawa. Memang mati itu adalah satu ketentuan,tetapi cara mati mangsamat memilukan.

Terkedu juga bila si mati itu adalah mangsa kerana kes ragut. Peragut itu bagaikan pembunuh bila mana perbuatannya itu telah mengundang satu kecelakaan pada mangsa. Celaka yang menimpa bukanlah sikit,tetapi kematian.


Sedih dan pilu lagi bila mana beliau sempat merakam gambar untuk tatapan anaknya buat kali terakhir.


Di harapkan agar pihak berkuasa tidak melepaskan peragut ini kerana nyawa insan yang tak berdosa telah melayang dengan mudahnya. Lihatlah kini Malaysia bukan lagi negara yang aman untuk di duduki ekoran kes ragut semakin berleluasa. Malahan sudah sampai tahap melampau iaitu melibatkan nyawa.


Andaila aku 'di takdirkan' menjadi pemerintah,maka perkara pertama akan aku lakukan dalam menangani masalah ini ialah dengan melaksanakan 'hukum syariah' ataupun hudup. Hukuman yang akan di kenakan ke atas pencuri adalah memotongan tangan pencuri tersebut. Dengan ini nescaya kes kecurian atau ragut dapat di selesaikan. Ini kerana hukum ini adalah perintah dari 'Pemilik Alam Semesta' yang tahu akan kewajaran sebenar dalam mengajar manusia,DIA menjadikan manusia,maka dia tahulah macam mana nak mengajar manusia dari terus melakukan 'kejahatan'...


Aku tidak sama sekali mengatakan hukum ini kejam,kerana hukum ini sajalah yang dapat 'mengajar' kita dari melakukan kejahatan. Bayangkan pencuri pun akan fikir 80 kali untuk melakukan jenayah. Kerna penjenayah akan berfikir lebih panjang,nak duit atau tangan aku hilang...Nescaya pencuri itu akan memutuskan untuk menyelamatkan tangannya dari di potong. Maka jenayah ragut dapat di atasi dan kematian dari jenayah ragut dapat di elakkan.


Kepada pihak berkuasa,hanya perlaksanaan Hukum Allah sahaja dapat mengatasi masalah ragut yang kian meruncing kini. Tak perlu lah bermacam alasan di berikan dalam menangani masalah ini,benarkanlah dalam hati,hanya Hukum Allah sahajalah yang dapat mengatasi.


Mudah-mudahan kes terbaru ini membuka minda pemimpin kita yang agak keras sedikit hatinya dalam menerima kebenaran Hukum Allah...


Berat mata memandang derita keluarga mangsa,berat lagi derita keluarga mangsa menangunnya.

Thursday, December 3, 2009

Mahalnya Nasi Kandar

Salam 2 all.

Sebelum ni artikel aku lebih kepada politik,kini aku akan ceritakan pasal masyarakat plak...Nasib baik ada idea...hehehe.

Tadi baru je aku je melahap kat kedai Nasi kandar yang agak terkenal kat Penang. Lokasinya ialah Batu Maung...Namanya tak perlu la aku sebutkan lagi.

Sekali makan jer RM 8.20 dan air plak RM 1.oo (teh o ais). Jumlah keseluruhannya ialah RM 9.20...Mak aihhhhhh....

Masalahnya ialah harga tu tak berbalaoi dengan lauk yang di ambil. lauknya hanyalah ayam gulai,udang kecik bersama ubi 'bangla' dan kacang bendi 3.
Nasi yang harganya RM 8.20...memang tak berbaloi.

Setelah di check dengan casher tadi di menyatakan harga Ayam RM 3.00,Udang kecil +Ubi RM3.50 (ubi je lebih dari udang) dan kacang bendi RM 0.70 dan nasi RM 1.00. Totalnya RM 8.20...

Patutla pengusaha nasi kandar tu ada beberapa cawangan kat Penang ni...untung besar katakan.

Aku sebenarnya tak la kira sangat pasai duit tu,tapi biarlah berbaloi dengan lauk yang di ambil...Memang tak berbaloi pun tadi...

Aku akan panjatkan kes ini ke atas...sia-sia juga aku pegang jawatan kat dalam Parti yang memerintah di Pulau Pinang ni...hehehehe.

Bukan apa demi rakyat yang telah memberi mandat kepada kita,so kita kenalah 'suarakan demi keadilan' isi hati mereka ke peringkat atasan. Aku rasa ramai lagi pelanggan yang terkena seperti aku...Aku tak akan diam kan diri dalam hal ini.

Demi tanggungjawab aku,aku akan selesaikannya..

Wassalam.

Demo Hanya Merancakkan

Salam 2 all.

Pening jugak la aku dengan rakyat Kelantan yang berdemo menuntut MB letak jawatan pasai isu ' Doa laknat' yang di kompang bertalu-talu bunyinya.
Bukan apa yang pening...Kenapa la kalian yang berdemo tu tak bersama MB menuntut hak mereka iaitu royalti minyak yang di umumkan sebagai wang ehsan.

Mereka berdemo atas nama NGO yang menuntut MB letak jawatan dan ada antara mereka yang mengatakan MB Kelatan ni jahat. Sebenarnya mereka yang berdemo ini haruslah berterima kasih ke atas MB Kelantan kerana nak mengembalikan hak mereka dari 'di curi' oleh puak-puak UMNO yang melahap sangat tu. Ini tak,join plak dengan perompak yang sebenarnya mencuri wang mereka...adios amigos...

Kekadang tu bukan apa,kesian kat UMNO Kelantan,mereka sangkakan yang tindakan mereka itu bijak,sebenarnya tindakan itu adalah satu tindakan yang bodoh yang akan memakan diri mereka kelak. UMNO ni sebenarnya 'langkah' kiri dalam mengembalikan kegemilangan mereka. Belum lagi Tuan Guru iaitu MB Kelantan berdoa,mereka sendiri telah menunjukkan 'ketidak cerdikan' mereka kepada tontonan umum...Baguih la.

Mengapalah hak rakyat Kelantan amnya pemerintah di Negri Kelantan di nafikan hak. Mengapa melahap sangat puak-puak UMNO ni dalam mendapatkan wang royalti minyak...Pening aku dengan UMNO sekarang. Ingatkan UMNO dah sedar akan kesilapan mereka masa lalu yang telah di hukum oleh rakyat,tapi sebaliknya berlaku.

Berbalik kepada Hukum Tuhan...Inilah yang di katakan kuasa Tuhan mengatsi segalanya...Mereka ini iaitu UMNO sebenarnya mendapat 'musibah' dari tindakan bodoh yang mereka anjurkan. Rakyat sebenarnya bukan kembali kepada UMNO tapi menjauhkan lagi,kerana niat MB adalah nak membela dan mengembalikan hak yang sepatutnya rakyat Kelantan nikmati...

Satu dunia akan katakan bahawa mereka yang berdemo itu kurang bijak kerana 'menghentam' insan yang membela nasib mereka.

Entahla...kenapa la UMNO berbuat sedemikian rupa...lagi la rakyat menjauhkan diri dari UMNO. Pada hemat aku,mungkin mereka sebenarnya takut akan 'kelurusan dan ketulusan' MB dalam menguruskan wang royalti nanti. Ini kerana MB bukanlah golongan 'pelahap' seperti pemimpin UMNO yang lain. Buktinya jelas,satu dunia pun tahu yang beliau ni 'zuhud' orangnya. Bayangkan seorang MB yang memerintah 18 tahun hanya tinggal di rumah kampung seperti rakyat biasa. Kalau beliau nak tinggal di rumah rasmi pun tak menjadi masalah...Inilah hebatnya MB Kelantan yang sukar di cari ganti kelak.

Sudah la 'tembakan' mengenai tajaan VVIP ke Mekah tersasar,kini isu 'doa laknat' pula menjadi 'tembakan' seterusnya. Kalu ikutkan gaji MB sendiri tu pun sebenarnya melebihi apa yang beliau perolehi.

Sudah la UMNO,jangan la di usik golongan yang benar-benar 'Hamba Tuhan'...Setiap kali usikan yang di buat,setiap kali akan 'meloyanya' rakyat terhadap UMNO. Tak keterlaluan katakan. UMNO bukan lah retak menanti belah,tapi sebenarnya belah menanti berkecai.

Pakat-pakat pikiaqla akan kebenaran. Ada mata tengok,ada telingan dengar,ada akal fikirlah...

Dunia kini seakan menanti 'Tuipan Sangka Kala"

Fobia Islam.


Salam 2 all.


Maka gumpitalah dunia Islam bilamana kerajaan Switzerland dengan rasmi telah mengharamkan pembinaan menara di semua masjid di negara itu.


Inilah yang di katakan penangan Yahudi dan Nasrani seperti mana dalam firman Allah didalam Al Baqarah:120, "Sesungguhnya Yahudi & Nasara tidak akan redho samasekali dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara kehidupan mereka".


Mereka sebanarnya semakin hari semakain goyah di mana Agama Allah iaitu Islam semakin mendapat perhatian masyarakat setempat dan di dunia.


Mereka yang terpelajar sebenarnya tahu akan kebenaran agama yang di bawa oleh insan yang bernama Muhammad Bin Abdullah. Ini kerana mereka tahu bahawa Islam melalui kitabnya iaitu Al-Quran sahaja dapat menyelesaikan segala masalah yang melanda dunia.


Lihatlah di mana perbankan secara Islam telah mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Hingga pakar ekonomi juga mengatakan kegawatan ekonomi sesebuah negara dapat di selamatkan dengan cara Islam. Perbankan Islam telah membuktikan 'win win situation' kepada pelanggan dan pemilik bank.Itu lah hebatnya Islam


Kerana takut melihat masyarat setempat semakin membanjiri masjid di tempat mereka,perasaan gerun dan gusar mula menyelinap dalam diri mereka,maka satu langkah drastik harus di ambil dalam menanganinya. Antara langkah pertama adalah dengan mengharamkan pembinaan menara ,nescaya selepas ini plak binaan masjid pulak akan di haramkan...Inilah di katakan manusia yang bencikan akan kebenaran Islam.


Maka rakyat Malaysia harus bersyukur akan keadaan negara kita. Janganlah kita terlibat atau terbabit dengan golongan yang cuba menghalang insan-insan yang membawa risalah Rasulullah. Jangan di sekat akan dakwah Islam kerana ia bagaikan kita menghalang sampah dari mengalir..Jika di sekat sampah itu maka 'susah' la kita. Nak mengatasi pencemaran sungai di sebabkan sampah bukanlah perkara yang mudah...nampak senang tapi hakikatnya perit. Itulah kehebatan Islam.


Biarlah golongan yang membawa risalah itu dengan tanggungjawab mereka,kita haruslah menghormati akan tanggungjawab mereka...Biarlah Islam itu menurut Al-Quran,bukannya mengikut telunjuk kerajaan.


Haruslah di ingatkan juga,kemakmuran yang kita kecapi hari ini adalah dengan Izin-NYA. Jika DIA mulai bosan dengan 'keangkuhan' kita,nescaya semua ini akan di tarik dengan hanya sekelip mata.

Biarlah insan-insan yang nak menjalankan amanahNYA membuat kerja mereka...JANGAN DI SEKAT dengan alasan-alasan dan pertauliahan yang bodoh...


Wassalam.


Penzalim Yang Degil Wajar di Doa Bala

Dari petikan Harakah Daily

KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan."Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain."Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain."Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan."Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti."Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya

Harap-harap Kepimpinan BN fikirla sendiri...